Kalau Lelaki Menangis?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pernah tengok lelaki menangis tak?Kalau perempuan menangis dah menjadi perkara biasa kan.Maklumlah,banyak yang menganggap tangisan dan airmata tu rencah hidup orang perempuan.Kalau lelaki menangis macamana?Adakah ia lumrah juga?

Sebelum menulis post ini,saya ada bertanyakan pendapat beberapa rakan karib tentang lelaki menangis ni.Bermacam-macam jawapan dan pendapat yang saya dapat.Tapi ada juga yang hanya berdiam dan tak mahu menjawab.Tak tahulah pula kenapa.Mungkin tak mahu ambil tahu ataupun kerana ego yang tidak menyangka mereka akan ditanya pasal ini kot.

Apa-apa pun,pasal lelaki menangis...ini antara pendapat yang saya dapat dari rakan-rakan saya dan saya perturunkan di sini untuk kita renungkan bersama..


'Lelaki tak patut menangis.Kalau sedih macamana pun janganlah menangis.Sebagai lelaki,kena tunjukkan ketabahan kita.'

'Tak best lah lelaki menangis.Malu tau kalau perempuan tahu.Takkan putus cinta pun nak menangis.Kita tak boleh menunjukkan kelemahan kita.Kecewa macamana pun kita mesti kuat.Tambah-tambah kalau depan perempuan.'

'Ingat senang-senang lelaki nak menangis.Airmata lelaki tu mahal harganya tau.Kalau putus cinta pun menangis,bukan lelaki namanya tu.Lainlah kalau macam kehilangan ahli keluarga misalnya ayah atau mak.'

'Tak salah rasanya kalau lelaki menangis.Bila menangis tak bererti kita ni lemah.Cuma kadang-kadang,kalau kesedihan tu tak dapat nak diluahkan cara lain maka menangislah caranya.Tapi kalau boleh janganlah menangis depan orang.Malulah sikit!'

'Lelaki pun ada perasaan lah!Kan kita ni manusia.Tak salah kalau nak menangis.Cuma lelaki ni kadang-kadang bila depan perempuan sukar nak menangis.Mungkin sebab malu atau ego kot.'


Antara pendapat rakan-rakan saya diatas,ada yang kata ok kalau lelaki menangis dan ada yang kata tak patut.
Tetapi rata-ratanya cakap tak boleh menangis depan perempuan sebab malu...

Betulkah kita malu kalau perempuan tengok kita menangis?Sebab apa??

Bagi perempuan pula,apa kata anda kalau tengok lelaki menangis?
Ok ke tak??

Ulasan

  1. terimakasih kerana turut berkongsi.

    BalasPadam
  2. Lelaki juga manusiawi, punya air mata dan boleh menangis. Tetapi tak boleh menangis dihadapan wanita kecuali kehilangan ahli keluarga..

    BalasPadam
  3. Terimakasih sudi berikan pendapat.

    BalasPadam
  4. lelaki menangis itukan wajar sebagai manusia, itulah sebabnya kenapa ada air mata, saya juga kadang kalau terharu, bahagia sedih juga kadang menangis

    BalasPadam
  5. Rizky-memang betul tu.tapi masalahnya ada juga lelaki yg lebih egoisnya tak mahu mengaku hakikat tersebut.Ikhlas,saya pun ada menangis.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet