Pakistan Jual Karpet

Pagi tadi masa aku nak turun ke tempat kerja tiba-tiba ada pakistan jual karpet memberi salam.Belum sempat aku menjawab salamnya(jawab dalam hati je lah)..pakistan tu mula lah promote karpet yang dijualnya.Pertama kali aku menolak,pakistan tu tak berputus asa.Dengan bahasa melayu yang tak berapa lancar,dia terus juga mempromote karpet-karpetnya.

Jujurnya,darahku naik juga dibuat pakistan tu.Apa tidaknya,entah berapa kali aku menolak pun,masih juga dia tak berhenti mempromote karpet yang dijual.Namun taklah aku marahkan dia.Aku tetap menolak dengan lembut.

Jujur lagi,aku sebenarnya amat kagum dengan pakistan penjual karpet tu.Tak mudah putus asa walaupun berkali-kali ditolak jualannya.
Walaupun dia orang asing,namun demi rezeki yang halal tiada rasa segan tiada rasa malu dan penuh semangat menjual karpet-karpetnya.

Alangkah bagusnya kalau orang kita sendiri macam pakistan tu.Namun,malangnya,ramai orang kita yang malas atau pun manja kot.Terutamanya para muda-mudi kita,yang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah macam gejala lepak,merempit dan lain-lain yang membuang masa dengan sia-sia.

Kalaulah mereka punya sikap macam pakistan jual karpet tu pastinya impian PM kita cepat tercapai mahu melihat purata pendapatan tinggi penduduk Malaysia.Ini tidak,orang asing yang jadi kaya(pakistan jual karpet kat tempat saya pakai Toyota Prado tau) dan akhirnya bawa kekayaan yang mereka kaut kat negara kita balik ke negara mereka.Siapa yang rugi?
Fikir-fikirkanlah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah