~Perempuanku Menangis~

perempuanku
menangislah
biarkan airmatamu
meresap ke rongga hati
membasuh noda darah
menutup perit luka


perempuanku
menangislah
biarkan airmatamu
melimpah ke lubuk jiwa
menenggelamkan harap mimpi
yang di guris


perempuanku
menangislah
biarkan airmatamu
mengalir ke ubun minda
menghakis ingat kasih
yang di hiris


perempuanku
menangislah
biarkan airmatamu
menyusur ke kolam rasa
membuang kata setia
yang di dusta


perempuanku
menangislah
biarkan airmatamu
membanjiri laut hatiku
ku buka seluasnya untukmu
tanpa janji tanpa asmara
sekadar tulus cinta


perempuanku
menangislah
semahu mahu mu
sungguh
aku rela
biar berkurun masa
mahu menunggu
pasti menanti
saat dan tika
engkau senyum semula


~ilham spontan~
cleverspider55 a.k.a alam1cinta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet