Beberapa Perkara Yang Tidak Disukai Lelaki Ketika Berasmara

(khusus buat para wanita)
Apa yang ada dalam hati seseorang memang sukar untuk ditafsirkan dan kita ketahui.Kebanyakan orang baik lelaki atau wanita selalunya tidak akan berterus terang tentang kekurangan pasangan dan lebih suka memendamkan sahaja terutama dalam hal yang melibatkan hubungan intim.

Tahukah anda apa yang terpendam dalam hati pasangan anda?Mungkinkah apa yang anda berikan atau lakukan pada pasangan anda dapat memuaskan hatinya ataupun tidak?Mungkinkah selama bersama ada yang tidak disenanginya tetapi tidak anda ketahui?

Disini akan dinyatakan beberapa perkara yang paling tidak disukai oleh kaum lelaki ketika berasmara,semoga dapat menjadi panduan buat para wanita dalam memberi yang terbaik kepada pasangan;

*Bersikap segan dan berdiam diri*
Sekiranya tiba ketika anda ingin berasmara,berterus teranglah.Nyatakan keinginan anda pada pasangan tanpa segan.Lelaki sebenarnya amat menyukai jika anda yang lebih dulu bertindak.Sesekali anda menjadi teraju utama tiada salahnya.

*Ragu-ragu memberi ciuman dan kucupan*
Usah ragu-ragu memberikan ciuman kepada pasangan terutamanya ciuman kejutan.Kucuplah bahagian-bahagian sensitif pada tubuh pasangan sebagai tanda kasih sayang anda.Lelaki akan rasa yang anda memang amat memerlukannya dan benar-benar bersedia untuk melalui kenikmatan bersama.

*Tak aktif dan bersikap menunggu sahaja*
Semasa berasmara,lelaki bukan selalunya ingin menjadi raja.Jangan anda hanya berbaring sahaja dan menunggu pasangan melakukan sesuatu.Buat tindakan anda bersama-sama dengan pasangan demi mencapai sesi asmara yang memuaskan.

*Tidak peka*
Peka dan mengambil tahu apa yang diinginkan pasangan.Tanyalah apa yang pasangan anda mahu anda lakukan atau apa yang mahu dilakukankannya.Ada baiknya sekali sekala menukar variasi asmara anda bersama pasangan.

*Tidak menumpukan perhatian*
Ketika berasmara,hindarkan fikiran dari hal-hal yang lain.Tumpukan perhatian pada apa yang anda lakukan,tunjukkan yang anda memang amat berminat melakukan sesi asmara tersebut kerana tanpa tumpuan dan minat,sesi asmara akan membosankan pasangan.

*Tidak meluahkan keinginan*
Jika anda merasa suka tentang satu-satu cara yang dilakukan pasangan,luahkan padanya,berbisik ditelinga atau galakkan pasangan melakukannya berulangkali dan tunjukkan keghairahan anda sekiranya itu yang ada rasakan.Dengan begitu,pasangan anda akan tahu bagaimana untuk dia memberi kepuasan kepada anda.

*Ego dan tak berinisiatif*
Tidak salah jika anda memberikan pujian dan terimakasih jika anda suka dengan apa yang pasangan anda lakukan.Ini akan lebih membangkitkan ghairah pasangan yang pasti akan berusaha memuaskan anda dan memberi kenikmatan yang anda harapkan.

Inilah sedikit sebanyak tentang perkara yang tidak disukai kaum lelaki ketika berasmara hasil pandangan sebilangan besar lelaki.Buat para wanita,mana yang baik,ambillah sebagai panduan demi mencapai keharmonian dalam hubungan bersama pasangan masing-masing.

Kiranya anda ada pandangan atau cadangan silalah kemukakan tanpa segan-segan.Segala pandangan dan cadangan amat dihargai dan dialu-alukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet