15 Mutiara-Mutiara Kata Islam

Membaca dan mendalami makna yang terkandung dalam mutiara-mutiara kata tentunya memberikan kita inspirasi yang tidak terbatas.
Tidak dinafikan juga ramai yang suka menjadikan mutiara kata sebagai pemberi azam dan semangat dalam menempuhi perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran.

Mutiara-mutiara kata yang baik boleh diibaratkan sebagai pelita dikala kegelapan.Malah boleh memberikan pedoman buat kita kerana mutiara-mutiara kata yang dihasilkan biasanya mempunyai makna tersirat yang jarang kita terfikirkan.
Dalam Islam juga banyak terdapat mutiara-mutiara kata yang dituturkan Rasulullah s.a.w,Nabi-Nabi,Ahli-Ahli Sufi dan Ilmuwan-Ilmuwan Agama.
Mutiara-mutiara kata yang dituturkan tersebut amat bermanfaat untuk kita jadikan pedoman dalam melalui kehidupan harian kita sebagai umat Islam.

Dibawah ini saya senaraikan sebanyak 15 mutiara-mutiara kata Islam yang saya tahu dan menjadi koleksi mutiara kata yang saya kumpul selama ini.

Semoga kita semua dapat merenungi,memahami dan mendalami makna dan pengajaran yang disampaikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja maka tidak ada jaminan baginya dari Allah." (HR. Baihaqi dan Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda:"Janji antara kami dengan mereka(orang kafir) ialah solat, barang siapa yang meninggalkan solat maka dia benar telah kafir." (HR. Abu Daud,At-Termizi dan Nasa'I)

Rasulullah s.a.w bersabda:"Bertulus ikhlaslah kamu dalam melaksanakan agamamu,nescaya amalmu yang sedikit itu cukup untukmu." (HR. Abu Daud dan Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak ada seorang hamba pun yang diserahkan Allah untuk menguasai rakyat lalu ia tidak berlaku jujur terhadap rakyatnya maka tidaklah ia merasai bau syurga." (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:"Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." (HR. Abul-Hasan Al-Mawardi)

Abu Hurairah r.a. berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:"Kalau orang duduk diatas bara api hingga terbakar pakaian dan menembus ke badannya,maka yang demikian itu lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur." (HR. Muslim)

"Tidak baik berdiam diri dalam kebijaksanaan,sama sebagaimana tidak baik berbicara dalam kejahilan." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

"Dosa yang meresahkan anda lebih baik dalam pandangan Allah daripada kebajikan yang membanggakan anda." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

"Adalah baik bagi orang kaya untuk menunjukkan kerendahan dihadapan orang miskin demi mendapatkan ganjaran dari Allah,tetapi lebih baik dari itu ialah kebanggaan orang miskin terhadap orang kaya berupa keyakinan kepada Allah." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

"Banyak orang terjerumus ke dalam kejahatan kerana dipuji-puji." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

"Janganlah menyombong,lepaskan dari menipu diri,dan ingatlah kuburan anda." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

"Kekayaan yang terbaik ialah meninggalkan hawa nafsu." (Ali bin Abi Thalib r.a.)

Abu Darda' r.a. berkata:"Aku suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tawaduk merendah diriku kepada Tuhanku,dan aku suka pada penyakit sebab itu sebagai penebus dosa,dan saya suka kepada mati,kerana rindu kepada Tuhanku."

Aisyah r.a. berkata:"Belum pernah saya melihat Rasulullah s.a.w tertawa gelak sehingga terlihat langit-langit mulutnya,tetapi selalunya baginda tersenyum." (HR. Bukhari dan Muslim)

Muqatil bin Sulaiman berkata:"Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun tenggelam dalam peluhnya sendiri.Dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung.Sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan.
Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun,tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas merasakan bagai sesaat.Kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Demikianlah 15 mutiara-mutiara kata Islam semoga dapat memberikan kita semua setidak-tidaknya sedikit pedoman atau pengajaran yang berguna.

Sekian.Kiranya ada kesilapan dalam tulisan ini,seribu kemaafan dipinta.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet