Adab Memberi Salam

Assalamualaikum wbt..Sebagai umat islam kita mestinya memberi atau mengucapkan salam bila bertemu sesama kita..
Namun, dalam kita memberi ucapan salam,seharusnya juga kita tahu dan faham bagaimana caranya memberi ucapan salam dengan baik dan beradab.

Kali ini,saya ingin membawakan serba sedikit panduan buat kita semua beberapa adab yang baik dan sepatutnya kita amalkan ketika mengucapkan salam.
Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat semua.


1)Kita digalakkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali jika khalayak ramai jumlahnya.Didalam hadis Anas r.a disebutkan bahawa Nabi apabila baginda mengucapkan suatu kalimat,baginda mengulanginya tiga kali.Dan apabila baginda datang kepada suatu kaum,baginda memberi salam kepada mereka tiga kali.(HR Bukhari)

2)Disunatkan keras ketika mengucapkan salam dan juga menjawabnya,kecuali ditempat ada orang-orang yang sedang tidur.Didalam hadis Miqdad bin Al Aswad disebutkan diantaranya,"Dan kami pun memerah susu(binatang ternak) hingga setiap orang dapat bagian minum dari kami,dan kami sediakan bagian untuk Nabi." Miqdad berkata,"Maka Nabi pun datang dimalam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur,namun dapat didengar oleh orang yang bangun."(HR Muslim)

3)Disunatkan mengucapkan salam kepada orang yang dikenal atau pun yang tidak dikenali.Didalam hadis Abdullah bin Umar disebutkan bahawasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi,"Islam yang manakah yang paling baik?" Jawab Nabi,"Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal."(Muttafaq 'alaih)

4)Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain dan kepada yang dititipnya.Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata,"Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu.Maka Nabi menjawab,"Alaika wa 'ala abika salam".

5)Termasuk sunah adalah orang mengenderai kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki,dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk,orang yang sedikit kepada yang banyak,dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.Demikianlah disebutkan di dalam hadis Abu Hurairah yang muttafaq 'alaih.

6)Disunatkan mengucapkan salam pada anak-anak,kerana hadis yang bersumber dari Anas r.a menyebutkan,"Bahawasanya ketika ia lewat disekitar anak-anak ia memberi salam,dan ia mengatakan."Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah."(Muttafaq 'alaih)

7)Disunatkan mengucapkan salam diwaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya.Kerana hadis menyebutkan,"Apabila salah seorang kamu sampai disuatu majlis hendaklah memberikan salam.Dan apabila hendak keluar,hendaklah memberikan salam,dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua."(HR Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani)

8)Disunatkan mengucapkan salam disaat masuk ke suatu rumah sekali pun rumah itu kosong.Allah SWT telah berfirman yang ertinya,"Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah,maka ucapkanlah salam atas diri kalian."(An-Nur:61).Ucapan Ibnu Umar,"Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni,maka hendaklah ia mengucapkan,"Assalamu Alaina wa'ala ibadillahis shalih."(HR Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad dan disahihkan oleh Al-Albani)

9)Makruh mengucapkan salam dengan ucapan,"Alaikumussalam",kerana didalam hadis Jabir r.a diriwayatkan bahawasanya ia menuturkan,"Aku pernah menjumpai Rasulullah s.a.w,maka aku berkata,'Alikas salam,Ya Rasulullah!' Nabi menjawab,"Jangan kamu mengatakan:Alaikas salam."Di dalam riwayat Abu Daud disebutkan,"Kerana sesungguhnya ucapan 'alaikas salam itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati."(HR Abu Daud dan Al-Termizi,disahihkan oleh Al-Albani)

10)Dimakruhkan mengucapkan salam kepada orang yang sedang berada dalam tandas(buang hajat).Hadis Ibnu Umar yang menyebutkan,"Bahawasanya ada seseorang yang lewat sedangkan Rasulullah sedang buang air kecil,dan orang itu memberi salam.Maka Nabi tidak menjawabnya."(HR Muslim)


Demikianlah beberapa adab yang patut dan harus kita amalkan ketika memberi atau mengucapkan salam semoga salam yang diucap dan yang diterima membawa berkat dan kebaikan.
Segala kekurangan,kesilapan dan kesalahan yang mungkin ada di dalam tulisan ini amatlah dikesali dan dipinta seribu kemaafan.
Sekian.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet