Bagaimana Mengawal Emosi

Tugasan kerja yang bertimbun,tekanan ditempat kerja,masalah keluarga,masalah percintaan dan masalah dengan kawan-kawan atau orang di sekeliling biasanya akan membuat kita sukar mengawal emosi diri.
Perasaan runsing,bimbang dan sebagainya kadang-kadang membuatkan kita jadi cepat marah dan melenting tak tentu pasal.Emosi kita tak menentu dan fikiran sering terganggu.
Secara tak langsung kesihatan diri pasti akan turut terjejas seperti mudah pening kepala,migrain,darah tinggi dan lain-lain.
Dari segi perhubungan pula,tak kiralah dengan kawan-kawan sekerja,kekasih atau pun keluarga pasti juga turut terjejas.Apa tidaknya,dengan keadaan kita yang cepat naik angin,tak tentu pasal melenting marah-marah akan membuatkan mereka yang disekeliling jadi bosan dan menjauhkan diri.
Pasti pekerjaan juga akan turut dipengaruhi oleh emosi yang tidak terkawal seperti itu.Prestasi kerja tentu menurun.Apatah lagi jika kita bekerja secara berkumpulan.Sikap yang beremosi sudah pastinya membuatkan kawan sekerja sukar untuk bekerjasama dengan kita.
Oleh itu adalah lebih baik sikap kita yang beremosi dikawal sebelum seluruh kehidupan kita terjejas.
Kepada anda yang sukar untuk mengawal emosi diri,kali ini saya akan senaraikan beberapa cara atau kaedah yang boleh dipraktikkan agar emosi yang tak terkawal itu dapat dikurangkan dan diatasi...

1)Sediakan waktu untuk berehat.
Sekiranya anda tertekan dengan setiap bebanan tugas yang perlu dilaksanakan ditempat kerja mahu pun dirumah,cubalah luangkan masa untuk berehat sekejap.Belajar untuk tenangkan diri.Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan segera,jangan sesekali memaksa diri jika fikiran anda memang tidak dapat menerima.Ini akan membuatkan emosi anda makin tak menentu.Rehatkan diri,tenangkan fikiran.Buat apa yang boleh buat anda jadi rilek.Dengar muzik yang anda minati,minum minuman kegemaran,atau berjalan-berjalan menghirup udara segar.Apa saja yang anda rasa senang dan tenang lakukannya.Yang penting adalah anda keluar dari keadaan tekanan tersebut.

2)Tumpukan fikiran dan perhatian pada perkara lain.
Bila fikiran anda mula berserabut memikirkan perkara-perkara yang membuat anda tidak tenteram,cuba tumpukan fikiran pada perkara yang mengembirakan yang pernah berlaku dalam hidup anda.

3)Pupuk kepercayaan dan keyakinan diri.
Walau dalam keadaan apa pun.Walau apa situasi atau siapa pun yang membuat anda jadi tertekan,risau atau marah,anggaplah ianya sekadar satu cabaran kecil buat anda.Percaya dan yakin yang anda boleh atasi cabaran tersebut.Positifkan diri anda bahawa kegembiraan dan keceriaan diri anda sentiasa ada.

4)Buat baik dibalas baik.
Mungkin ada antara ahli keluarga atau kawan-kawan yang bersikap membuat anda tegang dan tertekan,jangan diikut dan terbawa-bawa dengan sikapnya itu.Tetaplah melayannya dengan senyuman dan bersopan.Layan dia dengan baik lambat laun dia akan terkesan dan menyedarinya.Tentu dia sendiri akan merasa tidak adil jika dia melayan anda sebaliknya..

5)Buat pembaharuan hidup.
Mungkin rutin harian anda sentiasa sama setiap hari,bulan atau tahun secara tak lansung membuat anda jemu dan bosan.Ia sebenarnya akan mempengaruhi perasaan dan fikiran anda yang mengakibatkan anda cepat jadi tegang,tak tentu arah dan sukar berfikir dengan tenang.Cubalah anda tukar rutin seharian anda.Buat sesuatu atau lakukan aktiviti yang baru.Misalnya jika sebelum ini selepas pulang dari kerja,anda cuma duduk dirumah,mungkin sekarang anda boleh keluar melakukan aktiviti luar pula.Buatlah apa aktiviti yang anda suka.Belajar menari,aerobik,senaman di gym atau senaman yoga dan lain-lain.Anda pasti akan gembira membuat sesuatu yang baru.Kegembiraan itu pastinya pula membuat anda jadi lebih tenang dan tenteram.


Demikianlah beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk mengawal keadaan emosi diri yang tak menentu.
Apa yang paling penting ialah keinginan diri sendiri samada mahu menjadikan diri sebagai seorang yang beremosi tak terkawal atau pun seorang yang sentiasa tenang,sabar,tenteram dan gembira.

Keinginan diri sendiri adalah kuasa yang paling hebat dan penawar yang paling mujarab dalam hidup kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet