Jalan Menuju Bahagia

Pasti semua orang memang mahukan hidup yang bahagia.Tiada siapa pun mahu menderita dan hidup sengsara.
Setiap hari samada bekerja atau bermain,atau apa saja yang dilakukan oleh semua orang adalah demi kebahagiaan hidup masing-masing.
Berbagai-bagai juga definisi atau anggapan antara seorang individu dan individu yang lain mengenai kebahagiaan itu.Ada yang beranggapan jika mempunyai banyak harta hidup akan bahagia.Oleh kerana itu ramai yang bekerja bertungkus lumus semata-mata untuk mengumpul harta dan kekayaan.Namun,pernahkah kita fikirkan...
Apakah bahagia namanya jika kita bekerja sehari suntuk hinggakan masa untuk merehatkan diri sendiri pun tiada?Apakah bahagia jika masa untuk bersama isteri,anak-anak,keluarga dan kawan-kawan pun tiada?
Bukankah kebahagiaan itu sepatutnya sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan kita dan orang yang kita sayangi..
Tak kira lah apa pun tanggapan terhadap bahagia itu,hakikat yang tak dapat disangkal bahawa kebahagiaan merupakan elemen penting yang diperlukan untuk melengkapi hidup kita semua di dunia ini.

Untuk sedikit renungan dan mungkin juga sebagai pedoman buat kita semua,kali ini saya ingin kongsikan rahsia atau pun jalan yang mudah dapat kita amalkan untuk mencapai kebahagiaan hidup yang berpanjangan dan berkekalan.

Sebenarnya ada beberapa ciri penting yang harus kita terapkan dalam hidup kita untuk membentuk,membina dan menjalani hidup yang bahagia iaitu:

1)Jalani hidup dengan cara yang menyenangkan diri kita.Hiduplah dengan ceria,gembira dan seronok setiap hari.Andai ada masalah,anggaplah segala masalah itu sebagai asam garam kehidupan.Hadapi setiap masalah dengan hati yang tenang,terbuka dan fikiran yang waras.Ingatlah,jika kita sentiasa merasa seronok untuk hidup,walau apa pun masalah yang tiba pasti dapat kita atasinya.

2)Penuhkan hidup dengan sesuatu yang kita suka lakukan.Isilah masa luang hari-hari kita dengan aktiviti atau hobi yang kita suka.Lakukan apa saja yang membuat kita sentiasa rasa bersemangat dan gembira melakukannya.Misalnya bersenam,bermain bolasepak,badminton,menyertai kelas tarian,tai chi,yoga dan sebagainya asalkan ianya sesuatu yang menyihatkan.

3)Jalani hidup seharian sebaik mungkin dengan penuh matlamat dan keinginan kita untuk hidup yang tenang,tenteram dan aman bahagia secara menyeluruh dan berterusan.Usah melibatkan diri dengan hal-hal atau pun sesuatu yang menggangu jadual hidup kita yang menyenangkan hanya kerana mengikut keadaan semasa atau keadaan tempat kita berada.Kawal hidup kita dengan kemahuan kita sendiri.

4)Berilah kegembiraan dan kebahagian kepada orang-orang yang kita sayangi dan orang-orang yang penting dalam hidup.Kata pepatah.."bila kita memberi,kita juga akan menerima".Pasti secara tak langsung,kita dengan sendirinya merasa gembira dan bahagia tatkala melihat orang-orang disisi kita bergembira dan berbahagia.

Kesimpulannya,kebahagiaan itu hakikatnya ada dalam diri kita sendiri.Cuma kita perlu tahu bagaimana menjalani dan melalui hidup untuk kebahagiaan yang kita inginkan.

Semoga apa yang saya tuliskan kali ini,sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada kita semua.Atau setidak-tidaknya boleh dijadikan renungan buat kita dalam menjalani hidup seharian.
Sekian,hingga bertemu lagi di tulisan saya yang akan datang.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet