Mengatasi Tabiat Merokok

Merokok membahayakan kesihatan.Ramai yang sedar dan tahu tentang hal ini termasuk perokok sendiri.

Rokok memang diketahui akan memberikan implikasi kepada kesihatan terutama kepada orang yang merokok dan juga kepada yang tidak merokok(bila menghidu asap rokok yang mengandungi carbon monoxide).
Akibat merokok boleh membawa kepada kanser paru-paru,kanser mulut,penyakit cardiovascular,ulser peptik,angin ahmar dan lain-lain.

Tak dinafikan,kerana sedar akan implikasi kepada kesihatan,ramai perokok yang mahu dan berusaha untuk berhenti dari merokok.Bermacam-macam cara dilakukan.Ada yang menggunakan pil-pil dan chewing gum khas untuk berhenti merokok.Namun kebanyakannya tidak berjaya mengatasi tabiat merokok mereka.Ini kerana,pil-pil atau chewing gum yang dikatakan sebagai solution untuk menghentikan tabiat merokok juga mengandungi bahan yang sama yang ada pada rokok iaitu nikotin(membuatkan ketagihan).

Cara terbaik untuk seseorang perokok itu berhenti merokok sebenarnya adalah keinginan atau kemahuan diri sendiri.

Untuk perokok-perokok yang berusaha untuk berhenti merokok namun masih tidak berjaya,apakata anda cuba lakukan tips seperti yang berikut ini.Mana tahu anda akan berjaya berhenti merokok selepas ini..

1)Buang semua rokok yang ada dalam simpanan.Bersihkan semua kesan-kesan rokok.Jika ada tempat habuk rokok buangkan sahaja.

2)Buat satu nota seperti 'Aku Dah Berhenti Merokok' atau 'Aku Tak Merokok'.Tampal pada tempat-tempat yang selalu anda berada misalnya dibilik tidur,di meja pejabat dan lain-lain.Jangan lupa juga buat nota untuk dibawa bersama-sama anda(simpan di poket baju/seluar)kemana saja anda pergi.Bila timbul keinginan untuk merokok,pandang dan baca nota yang anda buat berkali-kali hingga keinginan merokok beransur-ansur hilang.

3)Bila dah fikir mahu berhenti,terus berhenti saja.Jangan berhenti secara beransur-ansur.

4)Tetapkan di fikiran bahawa anda bukan perokok.Kalau ada kawan-kawan yang mempelawa merokok,katakan yang anda tidak merokok.

5)Paling penting,kuatkan azam anda untuk berhenti merokok.Lalui hari-hari anda dengan menumpukan perhatian pada perkara-perkara lain yang dapat membuat anda lupa pada rokok.

Demikian beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengatasi tabiat merokok.Pada peringkat permulaan,memang agak sukar,namun yakinlah pada keinginan anda untuk berhenti merokok.Lama-kelamaan,ia akan menjadi lebih mudah dan pasti boleh mengatasi tabiat merokok anda.
Semoga tulisan ini memberi manfaat buat anda semua.Sekian.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet