Syukur-Aku Kembali

Alhamdulillah...
Aku panjatkan rasa kesyukuran dan terimakasih pada Allah SWT kerana dengan keinginan dan kekuatan yang dikurniakan aku akhirnya kembali menghadap muka blogku yang sederhana ini.
Ingin aku sampaikan juga jutaan terimakasih buat pengunjung yang masih sudi mengunjungi blog ini.
Ketika kubiarkan blog ini dulu,aku sendiri pun tak tahu atas alasan apa sebenarnya.Yang pasti,segala keinginanku untuk menulis waktu itu seolah-olah ghaib begitu saja.Mungkinkah kerana blogku ini sebuah blog yang tak diminati?Atau aku sebenarnya memang terniat untuk berhenti dari berblogging?
Lama aku berfikir mencari jawapan namun tiada apa pun yang pasti..
Hinggalah hari ini aku bagai dikejutkan oleh kata-kata hatiku sendiri.Dari awal pagi lagi hatiku asyik mencuit-cuit di dasar perasaan.Di pendengaranku bagai terngiang-ngiang suara hatiku menjerit..
"Kembalilah! Ingat Qama Qarma...".Tulislah sesuatu.Bukankah itu yang engkau mahu.Pedulilah biar pun blogmu sepi,yang penting ikut kata hati ikut keinginanmu sendiri.."

Dan akhirnya lahirlah tulisan yang seringkas ini dariku.Mungkin tak bermakna apa-apa pada pengunjung semua.Namun,ia amat besar ertinya buat diriku sebagai pembuka jalan untuk ku teruskan kembara fikiran dan terus menulis di blog ini.

Kupanjatkan rasa syukur dan terimakasih buat kesekian kali.
Terimakasih dan bertemu lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki