7 Tanda Bahaya Mengancam Rumahtangga

Tidak dinafikan menjaga keutuhan dan keharmonian rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak sekali dugaan dan godaan yang boleh menghancurkan hubungan.Apalagi,perkahwinan adalah bersatunya dua jiwa yang mempunyai karakter yang berbeza.Tambah-tambah lagi jika pasangan suami isteri sama-sama berkerjaya diluar rumah sehingga masa untuk berkomunikasi dan berduaan menjadi amat terbatas yang kadang-kadang membawa kepada timbulnya masalah.

Setiap masalah walaupun sekecil mana sekalipun perlu ditangani dan diselesaikan agar hubungan yang dijalin dan diikat tidak membawa kekecewaan.Oleh itu dengan mengetahui tanda-tanda yang bakal memberikan masalah dan mengancam sesebuah perkahwinan itu amat perlu demi menjaga agar rumahtangga yang dibina sentiasa harmoni dan berkekalan.

Pada kali ini,saya akan memberikan 7 tanda yang biasa berlaku dan boleh membahayakan sesebuah rumahtangga.Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah;

1)Masalah.
Terkadang masalah-masalah tidak diperhatikan oleh pasangan suami isteri dan dibiarkan begitu sahaja.Misalnya jika pasangan ada melakukan sebarang kesalahan ataupun yang tidak berkenan dihati,masing-masing bersikap berdiam diri dan memendam apa yang tidak disukai.Sebaiknya jika ada yang tidak berkenan dihati,utarakanlah kepada pasangan dan usah dipendam.Selesaikan setiap masalah dengan berbincang bersama pasangan dalam keadaan yang tenang.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

2)Kritik.
Tidak semua orang boleh menerima kritikan sekalipun kritikan yang membina.Contohnya isteri yang tidak senang menerima kritikan dari suami tentang berat badannya yang semakin hari semakin berisi.Apalagi setiapkali si isteri menyantap makanan kegemarannya,ada saja kata-kata yang menyindir bentuk badannya.Pastinya si isteri akan merasa tersinggung walaupun niat si suami sebenarnya baik.Sebenarnya tidak salah jika ingin memberikan kritikan tentang apa yang anda tidak sukai pada pasangan,tetapi perlulah menyampaikan setiap kritikan itu dengan cara dan waktu yang tepat serta seboleh-bolehnya gunakan bahasa percakapan yang lembut dan tidak menyinggung perasaan pasangan.

3)Menghina.
Terkadang tanpa disedari apa yang anda lakukan dan ucapkan boleh membuat pasangan merasa terguris dan terhina.Contohnya, "Bodoh betul awak ni!Takkan buat benda macam tu pun tak boleh.Kata jurutera,tapi tv rosak pun tak tahu baiki!" Mendengar lontaran kata yang seperti itu tentu pasangan akan merasa terhina dan merasa harga dirinya bagai dipijak-pijak.Jika anda tidak puas hati dengan cara kerja atau sikap pasangan sekalipun,janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang bersifat penghinaan dan boleh membuat hatinya terguris.

4)Membanding-bandingkan.
Sikap suka membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain terutama dengan orang yang lebih baik darinya amat tidak baik dalam ikatan perkahwinan.Perlu diingat,setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing.Mungkin pasangan anda kurang dalam satu-satu hal tetapi pasti ada hal yang dia lebih baik dari orang lain.

5)Berdiam diri.
Bila berlakunya sebarang perselisihan pendapat dan salah faham,masing-masing tidak mahu mengalah lalu mengambil sikap berdiam diri untuk mengelakkan pertengkaran.Berdiam diri untuk sekadar mententeramkan emosi memang tidak salah,tetapi jika berdiam diri dalam jangka waktu yang panjang boleh membawa bahaya yang amat besar.Apalagi jika masing-masing tetap mempertahankan pendapat dan ego sendiri.Sebaik-baiknya cubalah mengambil sikap berdiplomasi dan bertenang.Komunikasi dan saling terbuka adalah jauh lebih baik dari berdiam diri.

6)Melarikan diri.
Banyak antara pasangan suami isteri yang bersikap melarikan diri bila timbulnya masalah dalam hubungan mereka.Mengambil pendekatan dengan mencurah rasa dan berkongsi masalah dengan orang lain membuat mereka merasa beban atau masalah yang di tanggung seolah berkurangan.Ini mungkin boleh menjadi jalan keluar yang baik jika orang yang dikongsikan masalah itu boleh memberikan penyelesaian yang tepat.Namun apa terjadi jika sekiranya orang tersebut justeru mengambil kesempatan atau pun menjadi batu api lantas tambah memburukkan keadaan.Setiap pasangan seharusnya sedar bahawa setiap rumahtangga pasti ada masalahnya sendiri.Bergantung pada bagaimana anda dan pasangan menanganinya,samada mahu diperkecil atau diperbesarkan.Seboleh mungkin jangan melibatkan orang ketiga dalam permasalahan rumahtangga anda kerana ia amat berisiko.

7)Dendam.
Jika pasangan anda pernah melakukan kesalahan dan telah meminta maaf,berilah kemaafan kepadanya dengan ikhlas dan sepenuhnya.Jangan sekadar memaafkan pada zahir tetapi batinnya anda menyimpan rasa tidak puas hati dan kebencian pada pasangan.Apalagi jika didalam hati menyimpan dendam yang tidak pernah hilang.Sikap berdendam dengan pasangan adalah racun yang membawa kesengsaraan.Jika pun anda marah dengan kesalahan yang dilakukan pasangan sebaik-baiknya berterus terang dengannya yang anda memang tidak suka dan tidak sekali-kali mahu dia mengulanginya lagi.

Ingatlah setiap pasangan suami isteri bahawa alam rumahtangga sememangnya sentiasa mencabar zahir dan batin masing-masing.Apa pun masalah dan cabaran yang datang sebaik-baiknya sama-sama berusaha menangani dengan cara yang baik.Saling faham memahami dan sentiasa berkomunikasi serta berbincang antara satu sama lain merupakan kunci penyelesaian kepada apa pun masalah yang ada.

Semoga rumahtangga anda semua sentiasa bahagia,harmoni dan berkekalan hendaknya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki