7 Teknik Bijak Memperbaiki Hubungan
Hubungan yang baik,erat dan harmoni tidak datang begitu saja melainkan harus dibina.
Ada 7 teknik atau pilihan yang bukan sahaja amat berguna memperbaiki hubungan yang hambar,tetapi menjadi teknik yang bijak dan baik untuk menjadikan hubungan lebih kukuh dan bermakna.
Teknik-teknik yang dimaksudkan adalah;
1)Bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Merupakan pilihan yang terpenting dapat anda ambil untuk memperbaiki hubungan.Belajar bertanggungjawab atas keperluan dan perasaan diri sendiri,bukan mengharapkan pasangan sentiasa membahagiakan dan memberikan rasa senang terhadap diri anda.
2)Perlakukan orang lain sebagaimana anda ingin diperlakukan.
Inilah antara inti dari kehidupan spiritual yang mendalam.Semua orang pastinya ingin diperlakukan dengan baik,kasih sayang,difahami,dimengertikan dan didukung.Anda perlu memperlakukan pasangan serta orang lain dengan cara ini.Hubungan yang berkembang dengan baik adalah bila kedua belah pihak memperlakukan pasangannya dengan baik.Pada umumnya,perlakuan baik seseorang terhadap orang lain akan dibalas dengan kebaikan juga.Tapi ingat,berbuat baik kepada orang lain bukan semestinya harus mengorbankan diri sendiri.Bila anda bersikap baik terhadap pasangan tetapi pasangan tidak menghargainya,maka pilihan anda adalah menerima hubungan yang demikian atau meninggalkan hubungan tersebut.Anda tidak dapat mengubah pasangan kecuali diri anda yang berubah.
3)Belajar untuk tidak menguasai.
Bila terjadinya konflik,ada dua pilihan untuk menguasainya;membuka diri dengan bersedia belajar dan memahami tentang diri anda berdua dan menemukan masalah yang lebih dalam dari konflik yang terjadi.Pilihan kedua,cuba menang melalui beberapa bentuk perilaku yang memperlihatkan kekuasaan.Ramai orang merasakan perlu menguasai dan mengarah orang lain.Semua cara yang kita cuba untuk menguasai orang lain justeru akan menciptakan lebih banyak konflik.Kita harus sedar,cara ini bukanlah cara yang baik dalam memperbaiki suatu hubungan.Belajarlah mengendalikan diri sendiri pastinya kita juga akan dapat memperbaiki hubungan.
4)Luangkan waktu bersama.
Saat mula-mula jatuh cinta,ramai orang selalu menyediakan waktu untuk pasangannya.Selepas berkahwin,masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.Hubungan jadi terancam.Kedua belah pihak seharusnya menyedari,sangat penting menyediakan waktu untuk bersama berbual-bual,bersantai dan berhubungan intim.Kemesraan dan keeratan antara satu sama lain sukar dipertahankan tanpa usaha dari kedua belah pihak.
5)Bersyukur dan tidak mengeluh.
Memiliki perasaan bersyukur akan mengalirkan tenaga dan semangat positif kepada diri masing-masing.Mengeluh terus menerus akan menciptakan semangat negatif yang secara tidak lansung mempengaruhi suasana sekeliling.Sentiasa bersyukur akan menciptakan kedamaian terutamanya kedamaian didalam diri.Oleh kerana itu,bersyukur tidak hanya mampu menciptakan hubungan dan emosi yang baik,tetapi juga fizikal yang sihat.
6)Gurauan.
Semua orang tahu,bila sentiasa serius akan membuat orang merasa bosan.Hubungan yang berkembang baik apabila pasangan boleh ketawa bersama,bercanda bersama dan gurau senda menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari.Hentikan sikap yang terlalu serius dan cuba sesekali melihat kehidupan dari sisi yang humor.Kemesraan akan berkembang bila diselangi dengan hal-hal yang ringan dan mengembirakan.
7)Melayani.
Cara yang hebat untuk menciptakan kemesraan antara satu sama lain adalah dengan saling melayani.Saling memberi dan menerima akan menimbulkan kepuasan yang mendalam didalam jiwa.Sikap melayani membuat anda tidak egois dan membawa keluar dari masalah yang dihadapi serta lebih memberikan dukungan spiritual dalam kehidupan.
Percayalah,jika anda dan pasangan setuju dengan ketujuh-tujuh teknik diatas dan berusaha mempraktikkannya,anda dan pasangan akan kagum melihat perubahan baik yang bakal terjadi dalam hubungan anda berdua.Selamat mencuba dan menjalani hubungan yang membahagiakan.

haa,tula masalah problemnya.Nak dapatkan pasangan setuju kesemua 7 perkara ,bukanlah senang.Sebab tu lah pasangan sekarang mudah tukar tukar ganti.macam pakai baju.Terima kasih share nasihat2 ni.Saya nak suruh seseorang tu bacala,biar dia faham.
BalasPadamNice post tapi napa gambar calender sebelah tu gambar perempuan kurang sopan :)
BalasPadamafif,maaflah pasal kalendar tu..bkn niat nk mengaibkan kaum wanita..tapi sekadar cuba menghargai bentuk tubuh yg indah diciptakan untuk mereka dgn cara sendiri.Anyway,thanks kerana sudi kunjungi blog sederhana ni.
BalasPadamnice post.thanks
BalasPadam