8 Langkah Menjaga Ghairah Seks

Tidak dinafikan,masalah pudar dan hambarnya keghairahan seksual memang melanda kebanyakan pasangan suami isteri.Banyak faktor yang menjadi penyebabnya seperti usia perkahwinan,bebanan tugas dan kerja seharian,masalah ekonomi dan keluarga,serta berbagai-bagai lagi.
Masalah ini bakal mengundang bahaya kepada sesebuah ikatan perkahwinan dan tidak mustahil boleh meruntuhkan ikatan yang dibina.

 Kepada anda yang mungkin menghadapi masalah ini,sebaiknya usah merasa bimbang,gelisah dan rendah diri.Kali ini saya akan berkongsi langkah-langkah yang boleh anda lakukan agar ghairah seks anda dan pasangan tetap subur dan sentiasa hangat bergelora.

 Ada 8 langkah yang amat penting untuk dilaksana dan diamalkan iaitu;

 1)Upayakan selalu melakukan komunikasi tentang berbagai hal yang baik-baik dan menggembirakan.Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan atau mendatangkan rasa tidak senang dan rasa marah pasangan.Seks yang menggelorakan hanya dapat dinikmati sekiranya ada kedekatan perasaan antara satu sama lain.

 2)Selalulah bercakap dengan lembut dan bersopan kepada pasangan serta buang segala perasaan dan fikiran negatif dengan cara yang baik.Sentiasa menganggap bahawa pasangan anda adalah lawan terbaik anda ketika berasmara.

 3)Sebagai langkah awal,sebaiknya cumbulah pasangan dengan perlahan disertai dengan belaian yang lembut dan dilanjutkan dengan kucupan ringan dan mainan lidah dibahagian tertentu tubuhnya.

 4)Lakukan hubungan intim sebaik-baiknya seminggu sekali,tanpa perlu memikirkan dan memfokuskan diri pada pencapaian orgasme.

5)Berani mengakui kekurangan dengan cara membincangkan segala persoalan seksual yang dialami.Berbicaralah secara terbuka dengan pasangan samada ketika di peraduan atau di ruang lain.

 6)Anda dan pasangan harus terbuka tentang berbagai hal yang diinginkan ketika berasmara sehingga fantasi seksual anda dan pasangan dapat tersalur dengan baik.

7)Biasakan berasmara dengan mata yang terbuka didalam ruang yang samar-samar.Dengan saling menatap maka anda dan pasangan dapat saling melihat siluet dari keindahan bentuk tubuh atau kelelakian sehingga keintiman dan rasa romantis akan semakin bertambah hangat dan menggelorakan.Apalagi ketika kebersamaan didalam orgasme sedang tercapai.

 8)Usahakan untuk selalu saling menghargai antara satu sama lain.Rasa saling menghargai merupakan faktor yang teramat penting dalam membina dan menciptakan kehangatan anda dan pasangan ketika asmara.

Demikianlah langkah-langkah yang boleh dicuba dan diamalkan demi menjaga ghairah seks anda dan pasangan semoga sentiasa subur dan mekar menghiasi laman perkahwinan.
Diharap apa yang saya berikan kali ini sedikit sebanyak dapat membawa manfaat buat semua.
Terimakasih.
                                                                                                                                                         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet