8 Sikap Isteri Agar Suami Tidak Kecewa Di Bilik Tidur

Dalam alam rumahtangga banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan pasangan suami isteri membuatkan perkahwinan dingin dan bermasalah.
Membina dan mengekalkan keharmonian hubungan seks juga amat penting dalam perkahwinan untuk mengelakkan keretakan dan penyelewengan dalam hubungan suami isteri.

Kali ini saya akan membawakan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh isteri ketika di bilik tidur yang membuat suami kecewa.Sedangkan hubungan seks merupakan pengukur utama untuk menilai keharmonian sesebuah perkahwinan.
Kesilapan isteri melayani suami menjadi penyebab utama yang selalunya mendorong suami melakukan penyelewengan.

Jadi,apakah sikap terbaik yang patut ada dan diamalkan oleh para isteri ketika menerima dan melayani suami di bilik tidur.Ada 8 sikap yang amat baik dilakukan iaitu;

1)Hindari seks ketika letih.
Memang setiap isteri wajib melayani keinginan seks suami tetapi hindarilah melakukannya dalam keadaan penat atau keletihan.Bila dalam keadaan letih,otot-otot sekitar vagina akan mengalami kesakitan dan pasti layanan yang diberikan tidak sempurna lantas membosankan suami.Hal seperti inilah yang biasanya menjadi asas permulaan kedinginan hubungan suami isteri.

2)Hindari perasaan marah.
Isteri yang emosional dan pemarah tidak mampu mengendalikan rasa berahi dengan baik.Wanita selalunya amat lemah dari serangan psikologi dalam melakukan hubungan seks.Harus diingat bahawa hubungan seks bukan setakat keperluan biologi malah lebih melibatkan sekali perkara psikologi.

3)Lakukan seks dengan gembira.
Hubungan seks seharusnya dilakukan dengan perasaan aman dan gembira.Asmara yang sempurna dan membahagiakan tidak akan berlaku sekiranya dilakukan dengan hati yang terpaksa.Elakkan juga berfikir negatif tentang pasangan misalnya curiga pasangan ada menyeleweng dengan wanita lain.Ini akan membuatkan hubungan asmara tidak akan berlaku dengan baik dan nyaman.

4)Belaian berahi.
Belailah suami anda.Tidak salah bagi isteri memainkan peranan pemimpin.Satu hal yang baik untuk direnungkan,kiranya suami dibawah usia 30 tahun,sebaik saja memandang tubuh isteri barangkali masih berlaku,senjatanya automatik hidup segar.Tetapi biasanya bila usia suami diantara 35 hingga 55 tahun,senjatanya susah nak hidup segar kalau tak dirangsang atau disentuh.Itulah sebabnya belaian berahi isteri kepada suami amat penting dan diperlukan.

5)Usah selalu mendedahkan tubuh.
Sebaiknya isteri usahlah terlalu sering mendedahkan tubuh didepan suami.Ini boleh membosankan suami,terutama selepas mandi atau menukar pakaian.Sesuatu yang kerap didedahkan,biasanya akan turun nilainya.Dedah tubuh anda atau telanjang didepan suami pada saat-saat tertentu saja seperti setelah melakukan pemanasan di atas katil.

6)Bau badan.
Ramai para isteri yang kurang memberi perhatian terhadap bau badan sendiri sebelum naik ke atas katil.Seharusnya,usahakan bau badan agar harum dan wangi.Amat baik kiranya aroma atau wangian yang digunakan disesuaikan dengan selera suami.Jika suami suka mencium telinga,kenapa tidak sapukan wangian dibelakang telinga anda sebelum tidur?Tentunya ada bahagian-bahagian tertentu badan anda yang suka dicium dan dikucupi suami.Jadi mengapa tidak menjaga aroma bahagian tersebut.

7)Menggoda suami.
Kebanyakan para isteri bersikap malu-malu kucing untuk mengusik suami ketika sedang berada di atas katil.Bukankah seharusnya isteri yang paling arif dan faham apa yang harus dilakukan agar suami tergoda untuk melakukan hubungan seks.

8)Variasikan keintiman.
Perasaan segan dan malu memang sukar dihilangkan,termasuklah kedudukan ketika sedang melakukan hubungan seks.Usah risau dan takut sekiranya suami mahu melakukan hubungan intim yang berbeza dari kebiasaan bila berada diatas katil.Variasi yang berbagai amat perlu untuk keseronokan hubungan asalkan tidak menyalahi hukum kemanusiaan.

Hubungan seks dalam perkahwinan ternyata bukan semata-mata bergantung kepada para suami saja,tetapi peranan dan sikap isteri memang amat penting dalam membina keharmonian hubungan.

Sikap-sikap yang dinyatakan diatas seharusnya diambil berat dan elok diamalkan oleh para isteri sekiranya tidak ingin mengecewakan suami di bilik tidur.
Ingatlah,rasa kecewa suami dalam hubungan seks selalunya membuat para suami cenderung melakukan penyelewengan dalam perkahwinan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet