9 Tips Sihat Tanpa Ubat

Tak dinafikan,kesihatan merupakan sesuatu yang diinginkan semua orang.
Hidup yang sihat amat penting kerana kita tidak akan dapat melakukan sesuatu yang kita mahu dengan terbaik jika kita sakit.Oleh itu,mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Dibawah ini,saya senaraikan 9 tips bagaimana untuk hidup sihat tanpa menggunakan ubat-ubatan.

1)Mengatur cara makan.
●makan sesuai keperluan tubuh(tidak kurang dan tidak juga berlebihan)
●makan berbagai jenis makanan kerana tidak ada satu jenis makanan pun yang dapat memberikan semua unsur zat gizi yang diperlukan tubuh.
●kurangkan makanan yang berlemak,bergula dan bergaram tinggi.
●tingkatkan tambahan vitamin,mineral dan serat dengan makanan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran.
●hindari makanan yang diproses(refined) seperti makanan tin,makanan yang diawet dan ditambah zat kimia.
●hindari minuman berkarbonat,berkafein(kopi) dan beralkohol.
●minum air putih dalam jumlah yang banyak(sekitar 8 gelas/hari).
●pilih makanan sesuai dan dapat memenuhi keperluan gizi contohnya seperti;ikan,tempe,buah-buahan,sayuran,susu berkalsium.

2)Mengatur cara hidup.
●lakukan aktiviti fizik secara teratur.Pilih aktiviti atau sukan yang menyenangkan.
●sediakan waktu tidur yang teratur.

3)Menjauhi diri dari pencemaran udara seperti asap rokok,kilang,kenderaan bermotor.Usahakan dapat menghirup udara yang bersih.

4)Rehat yang cukup dan kawal stress.Hiduplah dengan tenang,selalu berfikir dan bertindak positif.Lakukan kegiatan yang menyenangkan seperti melaksanakan hobi.

5)Tingkatkan pergaulan dengan masyarakat disekeliling.

6)Tingkatkan aktiviti kerohanian dan keagamaan yang dapat menjauhkan diri dari perasaan was-was,sedih,kecewa dan sebagainya.

7)Bila usia memasuki ke tahap usia senja,sebaiknya lakukan konsultasi dengan doktor(medical check up) mengenai tekanan darah,kadar kolestrol dan kesihatan jantung.

8)Berwaspada dengan kejadian berbagai penyakit menular (seperti demam denggi dan lain-lain) dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal dan berusaha menjauhi dari penyakit menular.

9)Hindarilah dari bergantung dengan berbagai jenis ubat-ubatan.Makanan pelengkap(food supplement) hanya baik apabila tubuh memang memerlukannya dan sesuai dengan petunjuk doktor.

Demikianlah tips mudah yang boleh kita amalkan dalam hidup sehari-hari untuk kesihatan yang baik tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan terutama yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Semoga tips yang diberikan dapat memberikan manfaat buat semua.Terimakasih.

Ulasan

  1. Salam Sejahtera dan selamat datang ke dunia bloggging.Terima Kasih share tips2 kesihatan.Apa yang saya dapati,laman ini simple dan tidak berat atau rumit membacanya.Teruskan blogging dan pasti saya kesini lagi.Saya juga sudah ikut laman ini.Sekiranya mempunyai waktu,sila kelaman saya pula di,www.kenalinegaraku4u2c.blogspot.com atau www.malaysiaopenhouse2u.blogspot.com Terima Kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet