Cara Bertengkar Yang Mempereratkan Hubungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Post saya kali ini berkisar tentang perhubungan tak kiralah samada hubungan persahabatan,percintaan,pertunangan atau perkahwinan.
Ini saya rasakan sesuatu yang amat menarik untuk saya kongsikan bersama anda semua.Sebelum ini saya sendiri tidak pernah terfikir bahawa bertengkar pun boleh mempereratkan hubungan kita dengan orang lain.
Sehinggalah saya terbaca sebuah buku oleh Deborah Cox,Ph.D yang bertajuk,'The Anger Advantage'.Buku yang amat menarik dan berguna pada pendapat peribadi saya.

Sesuai dengan tajuk post saya kali ini,berikut saya kongsikan bersama anda semua beberapa cara bertengkar yang boleh mempereratkan hubungan.

Antaranya adalah;

●Kobarkan pertengkaran.
Menurut Deborah Cox,bertengkar dengan suara yang keras bukan sesuatu yang buruk terutama jika cara itu merupakan naluri semulajadi anda.Jika anda benar-benar marah,objek dari kemarahan anda perlu mengetahuinya.Jadi jika anda seseorang yang suka menjerit bila marah,tidak ada masalah.Satu kajian yang dilakukan di University of Aberdeen di Scotland telah menemukan,wanita yang menekan emosi marahnya menjadi makin marah.Tapi semarah mana pun anda,usahakan agar tidak mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang menghina yang boleh melekat lebih lama dalam ingatan pasangan anda berbanding pertengkaran itu sendiri.

●Guna perkataan 'saya'.
Setiap konflik yang diucapkan dengan perkataan 'awak' misalnya ''Awak tak pernah fikir!'' seringkali menjadikan pertengkaran makin besar atau berakhir dengan sikap diam.Apa yang baik adalah menerima anda bertanggungjawab dengan perasaan-perasaan anda dan gunakan pernyataan 'saya' seperti,"Saya tengah marah dan nak bercakap sekejap'' atau ''Saya rasa awak tak memikirkan saya''.Dengan cara mengkritik diri sendiri,menunjukkan kepada pasangan anda,bahawa anda terbuka dan sedia untuk mendengar apa yang dirasakan dan difikirkan oleh pasangan anda juga.

●Sedia mengalah.
Walaupun yakin,anda yang benar,mengalah pada titik tertentu dapat membuat benturan pertengkaran menjadi kurang keras.Jika pasangan anda melakukan perbuatan yang anda rasa salah,janganlah membantah,sebaliknya cuba berusaha mengetahui sebab dan penyebab kenapa dia bertindak sebegitu.Tak salah jika anda berbincang secara tenang dan aman.

●Tuliskan apa yang anda rasakan.
Jika perbicaraan menjadi semakin panas,katakan,"Saya ingin berbincang,tapi bukan dengan cara sebegini."Lalu maafkan diri sendiri dan cuba tuliskan apa yang anda ingin katakan pada pasangan anda.Dengan cara menulis emosi anda di kertas akan membuat anda teralih dari situasi panas dan dapat berfikir dengan baik untuk menemukan penyelesaian.

Demikianlah beberapa cara yang dapat saya kongsikan.Diharap,ambillah apa yang sesuai dengan anda dan abaikan apa yang tidak.
Semoga apa yang saya kongsikan kali ini sedikit sebanyak ada gunanya dan semoga setiap hubungan yang anda semua jalinkan akan sentiasa erat dan berkekalan.

Sekian dulu untuk kali ini.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet