Ratu Hati

Tiada apa-apa pun,tiada sesiapa pun dapat mengambil alih dan menggantikan tempat yang teristimewa dihatiku.

Ibu,
Sesungguhnya,engkaulah ratu hati sampai bila-bila pun.Selamat Hari Ibu buat ibuku tercinta dan buat semua ibu-ibu tak kira dimana jua berada.

Ternyata segala kasih sayang dan pengorbanan seorang insan yang bernama ibu adalah sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti.Bawalah segunung intan berlian,selaut emas permata pun tiada yang dapat menyamai nilainya.Sesungguhnya nilai jerit payah,susah senang,suka duka dan bahagia derita seseorang ibu dalam melahir,membesar dan mendidik anak-anak menjadi manusia amat berharga dan sama sekali tidak ternilai..

'Syurga dibawah telapak kaki ibu'...bukan sedikit yang pernah mendengar,yang tahu,yang faham dan yang akur tentang ini..namun...
kenapa masih ada anak-anak yang membutakan matahati sendiri hingga ada yang memperlakukan ibu sendiri seperti bukan seorang manusia.Kenapa ada anak-anak yang tergamak membuang ibu sendiri dari hidup mereka?Kenapa saban hari rumah-rumah orang tua selalu bertambah penghuninya bukan berkurang?kenapa??

Jika seorang ibu boleh menjaga 5 orang anak,tapi kenapa 5 orang anak tak dapat menjaga ibu seorang?Alangkah bahagia dan indahnya kehidupan di dunia ini kiranya semua yang bergelar anak,sedia,setia dan rela menjaga ibu masing-masing.
Bukankah itu yang selayaknya diterima oleh seorang yang bergelar ibu?

Semoga semua yang bernama anak dapat memahami dan membalas jasa ibu seperti yang semestinya dan selayaknya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki