10 Tanda Anda Bukan Pilihan Hati Si Dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagai manusia kita memang dikurniai perasaan ingin dicinta dan juga ingin menyintai.Kita memerlukan pasangan untuk berada disisi menemani saat susah mahu pun senang,saat bahagia mahu pun derita.Oleh itu mencari dan memilih pasangan yang terbaik amat penting buat kita.

Namun,perasaan cinta itu amat sukar ditafsir dan amat sukar difahami.Kadang kita jatuh cinta pada seseorang,tetapi si dia ibarat acuh tak acuh saja.Disebabkan cinta kita jadi buta dek perasaan sendiri.Tak ada gunanya kita terus menghambat menagih cinta andai si dia tak sudi.Ingatlah,bertepuk sebelah tangan bila-bila pun tak kan berbunyi.Lebih baik kita mengambil langkah awal sebelum diri sendiri kecewa dan merana.

Andai anda menghadapi situasi sebegini,apakata anda cuba teliti apa yang dipaparkan dibawah.Beberapa tanda yang membuktikan bahawa si dia yang anda puja-puja sebenarnya tak pernah menjadikan anda sebagai pilihan hati untuk dicintai sebagaimana anda menyintai dirinya.

Antara tanda-tandanya adalah...

1)Anda saja yang memulai sesuatu.Kalau anda tak sms dia tak pun ada rasa nak sms.Keluar dating pun kalau anda tak ajak,maka tak lah anda dan dia dapat bersama.

2)Selalu sibuk.Sudahlah tak pernah ajak keluar,kalau anda minta si dia temankan anda pergi ke mana-mana,mesti alasannya sibuk memanjang.Kadang-kadang hari minggu pun katanya banyak kerja.

3)Janjinya sekadar janji tinggal janji.Misalnya bila si dia berjanji akan telefon atau sms,selalunya anda sampai menunggu seharian suntuk pun tak juga dia telefon/sms.Akhirnya anda yang terpaksa menelefonnya dan bila ditanya,alasannya terlupa.

4)Bila berbual dengannya,fikiran si dia kat atas langit.Tak pernah dia memberikan perhatian atas apa yang anda ceritakan.

5)Anda kenal si dia tapi kawan-kawannya anda tak tahu pun dari planet mana.Si dia tak pernah pun memperkenalkan atau membawa anda bertemu kawan-kawannya.

6)Tak pernah menyokong atau memberi semangat.Misalnya anda suka berblogging,si dia sikit pun tak ambil peduli tentang minat anda,apalagi menyokong atau memberikan anda semangat.Baginya anda punya suka lah nak buat apa,tak ada kena mengena dengan dirinya pun.

7)Hari istimewa anda pun si dia tak ingat.Apalagi nak memberikan ucapan/hadiah,tarikh harijadi anda pun si dia tak ambil tahu dan tak pernah mahu mengingatinya.

8)Bila bersama si dia suka bercerita tentang orang lain.Misalnya tentang kebaikan/kecantikan jejaka/gadis lain.Bila anda bercakap tentang hal anda dengannya,si dia pasti cepat-cepat menukar perbualan ke topik yang lain.

9)Tak pernah mahu anda mengambil tahu lebih lanjut tentang dirinya.Misalnya si dia tak suka menceritakan aktiviti-aktiviti atau pun masalahnya kepada anda.

10)Si dia lebih suka keluar ke mana-mana dengan orang lain atau kawan-kawannya dari keluar bersama-sama anda.

Demikian serba sedikit tanda-tanda yang boleh dikenali bahawa si dia yang dicintai tak pernah pun menyintai anda.Ambil lah langkah yang wajar dan perlu.Tak ada gunanya mengharap pada yang tak sudi.Cinta sepatutnya dilalui dengan kegembiraan dan kebahagiaan,bukannya rasa tak keruan,resah dan sering tertanya-tanya samada cinta berbalas atau pun tidak.Setiap orang memang berhak bercinta tetapi bercintalah dengan orang yang menyintai kita.Jika sekarang tidak bertemu dengan yang sesuai,pasti suatu hari akan tiba waktunya.Percayalah,setiap orang telah ditentukan pasangan yang terbaik buat diri masing-masing.

Sekian.Diharap tulisan yang serba ringkas ini ada manfaatnya buat semua.

Ulasan

  1. Wah betul tu. Kalau dah tak suka, bilang tak suka. Selesai cerita..

    BalasPadam
  2. Hahaha..betul2..senang cr lain je kan..mengharap pada yg tak sudi diri sendiri yg merana akhirnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet