12 Karakter Lelaki Yang Baik Untuk Dijadikan Pasangan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tulisan kali ini adalah sebagai kesinambungan tulisan saya sebelum ini,iaitu 12 Karakter Wanita Yang Baik Untuk Dijadikan Pasangan Hidup.

Mencari lelaki yang baik adalah satu perkara yang boleh dikatakan terlalu sukar buat seseorang wanita.Oleh kerana sifat wanita yang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis,godaan dan pujuk rayu lelaki,membuatkan hati dan perasaan mereka selalunya sering dipermain-mainkan.Kaum wanita juga manusia biasa,dan lumrahnya manusia memang mengimpikan pasangan yang boleh diharap dan dipercayai untuk menempuh hidup bersama.

Kepada para wanita,perhatikanlah apa yang saya sampaikan dibawah ini.Ia akan memberikan sedikit panduan buat anda dalam memilih lelaki yang baik untuk dijadikan pasangan hidup.

Lelaki yang baik biasanya memiliki beberapa karakter yang terpuji,antaranya adalah..

1)Taat dan patuh ajaran agama.
Agama adalah asas kepada kehidupan yang sempurna.Lelaki yang terdidik dan patuh pada ajaran agama biasanya akan lebih berkeperibadian dalam sikapnya.Dia juga seseorang yang teguh dan kuat dari segi kerohanian.
Sebagai orang yang akan memimpin dan menjaga anda,peribadi yang baik dan kerohanian yang teguh adalah asas yang terbaik dan diutamakan.

2)Menyintai anda.
Dia menyintai anda iaitu diri anda yang sebenar.Bukan saja menyukai bentuk fizikal anda yang cantik/menarik,tetapi dia menyukai sifat dalaman anda mungkin kesederhanaan anda,sikap pengasih,penyayang dan sebagainya.

3)Menghormati dan menghargai anda.
Dia seorang yang menghormati anda sebagai wanita.Melayan anda sepertimana selayaknya.Menunjukkan kasihsayang dan menghargai keberadaan anda disisinya.Setiap apa yang anda buat akan diberi perhatian.Misalnya jika anda mengubah gaya rambut dan dirasakan cantik,pasti diberikannya pujian.Tetapi, dia juga bukanlah seorang yang hipokrit.Jika apa yang anda buat dirasakan tidak sesuai/baik,dia juga akan menyatakannya terus terang dengan kata-katanya yang lembut agar tidak membuat hati anda terguris.

4)Berpegang pada kata-katanya.
Bila dia mengatakan sesuatu pasti akan dilakukannya.Berpegang teguh pada apa yang dikatanya.Bila berjanji pasti dia akan menepati dan mengotakan apa yang dijanjinya.

5)Memiliki moral yang baik.
Dia bukan seorang yang terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan atau pun perbuatan yang salah disisi agama dan undang-undang.

6)Tahu berdikari.
Dia seorang yang berdikari dan tidak mengharapkan orang lain mengurus hidupnya.Jika ditimpa masalah atau kesusahan,dia bukan jenis orang yang mengeluh dan cepat terkesan dengan keadaan yang dialami.Sebaliknya dia akan cuba sedaya upayanya menyelesaikan masalah/kesusahan yang dihadapi dengan sabar dan tenang.

7)Yakin dan percaya diri.
Walau bukan seorang jejaka yang kacak,tetapi dia sentiasa kelihatan bersemangat,yakin dan positif dalam hidupnya sehari-hari.Karisma yang dilahirkan dari sikapnya ini membuatkan dia dihormati dan disukai oleh orang-orang disekelilingnya.

8)Ada masa depan yang cerah.
Tak semestinya anda mesti memilih orang yang berpangkat besar atau pun berharta.Walau pun kerjanya biasa tetapi biarlah dia orang yang punya perancangan hidup yang baik.Orang yang rajin berusaha dan sentiasa memikirkan jalan meningkatkan taraf hidupnya.

9)Mampu membimbing dan melindungi anda.
Lelaki adalah pemimpin.Jadi lelaki yang baik mestilah lelaki yang boleh melindungi anda ketika bahaya/susah.Ketika anda menghadapi masalah dia akan membantu anda menghadapi masalah tersebut.Dan ketika anda ada melakukan sebarang kesalahan/kesilapan,dia akan memberi nasihat dan membimbing anda.

10)Menerima orang-orang disisi anda.
Dia bukan sahaja menerima diri anda seadanya,tetapi menerima dan dapat bergaul baik dengan keluarga dan kawan-kawan anda.

11)Jujur dan bertanggungjawab.
Dia seorang yang jujur dan bertanggungjawab atas setiap cakap dan perbuatannya.Bila dia kata cintakan anda,pasti dibuktikan kata-katanya seperti melayan anda dengan baik,memberikan perhatian dan sebagainya.Bila ada melakukan kesilapan,dia akan bertanggungjawab dengan mengakui dan menyesali kesilapan yang dilakukan serta cepat-cepat meminta maaf.

12)Setia.
Dia akan berada disisi tak kira samada ketika anda gembira mahupun bersedih,ketika anda senang mahupun susah dan ketika anda sihat mahupun sakit.Dia seorang yang akan menyokong anda tak kira ketika anda dalam keadaan apa sekali pun.


Selain diatas semestinya masih banyak lagi karakter-karakter tertentu seseorang lelaki yang mungkin menjadi idaman seseorang wanita.Biasalah,lain orang lain juga keinginannya.
Namun,diharapkan apa yang disampaikan dapat juga kiranya sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua khususnya kaum wanita dalam memilih lelaki yang terbaik untuk menjadi pendamping diri dan menemani hidup.

Sekian.Maaf dipinta andai ada sebarang salah dan silap saya dalam tulisan kali ini.
Terimakasih.

Ulasan

  1. nice..tp sy rse prlu tmbhn dlm mngurus kewangan..mse dpn yg crh sj xckup sbb wang yg dpt diurus dgn baik lbh m'jmin msa hdpn..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet