12 Karakter Wanita Yang Baik Untuk Dijadikan Pasangan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Wanita yang baik sememangnya menjadi idaman dan dambaan setiap lelaki dalam menentukan pasangan hidup.Namun mencari dan memilih wanita yang sesuai bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak perkara yang harus dititikberatkan terutamanya sikap atau pun karakter seseorang wanita itu.Tetapi apakah sebenarnya karakter-karakter seseorang wanita yang baik?

Cuba teliti apa yang disenaraikan dibawah.Mungkin ia akan memberikan anda panduan dalam memilih wanita yang baik dan sesuai dijadikan pasangan hidup anda.

Karakter-karakter wanita yang baik adalah..

1)Taat pada agama.
Mana-mana agama didunia ini sebenarnya memang mahukan penganutnya berkelakuan baik dan mengamalkan kehidupan yang bermanfaat dan terurus.Agama itu adalah asas kepada segalanya.Jika wanita itu taat mengikut ajaran agamanya,tentulah sikap atau kelakuannya juga berlandaskan kepada sesuatu yang baik dan elok.

2)Cantik-luar dan dalam.
Kalau pun tidak seperti model-model atau artis-artis jelita,cukuplah jika dia wanita yang elok dan enak dipandang.Tetapi apa yang lebih penting adalah kecantikan hati budinya.Seperti peramah,bersopan santun,penyayang dan tahu menjaga adabnya sebagai seorang wanita.

3)Boleh berdikari.
Memanglah lelaki adalah penjaga wanita,tetapi wanita yang mampu mengurus dan menjaga diri sendiri adalah wanita yang tahu berfikir secara baik dan rasional bila ditimpa masalah atau pun kesusahan.Ini pasti akan sedikit sebanyak membantu dalam menghadapi dugaan dan cabaran ketika melalui hidup bersama.

4)Tahu menyokong dan memberi semangat.
Lelaki juga manusia biasa yang pastinya ada kekurangan dan kelemahannya.Wanita yang baik adalah wanita yang sentiasa memberi sokongan,semangat,setia menjadi pendengar dan sedia berkongsi segala masalah atau kesusahan yang dihadapi pasangan lelaki.

5)Yakin dan percaya diri.
Seorang yang percaya dengan kemampuan diri sendiri.Yakin dan sentiasa positif dalam menerima kekurangan yang ada.Dia tidak cuba berpura-pura menjadi seperti orang lain yang mungkin lebih baik tetapi bangga menjadi dirinya sendiri.

6)Menghormati anda.
Menghormati peranan anda sebagai lelaki iaitu pemimpin kepada wanita.Menerima nasihat dan pendapat anda dengan ikhlas.Jika ada hal yang tidak dipersetujuinya pun,dia akan menyatakan secara lembut dan berhemah.

7)Tahu bila untuk diam dan bila untuk bersuara.
Dia bukan seorang yang suka bergosip.Dalam menjalinkan hubungan dengan anda,dia tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh diceritakan kepada orang lain.

8)Bukan materialistik.
Duit atau harta benda tak dinafikan memang menjadi kepentingan dan mesti difikirkan.Tetapi cinta yang berlandaskan material tak akan bertahan lama.Wanita yang baik adalah yang menyukai dan menyintai anda hanya kerana diri anda,bukan rupa,status dan harta.

9)Setia.
Dia bukan sahaja setia berada disisi anda ketika anda senang,tetapi ketika anda dilanda kesusahan juga.Jika anda mengalami apa-apa masalah,dia tetap bersama anda memberi dorongan dan turut berusaha membantu menyelesaikan masalah tersebut.

10)Sederhana.
Seorang yang bersederhana dalam segala hal.Dia melayan dirinya secara sederhana tanpa memikirkan 'maintenance' yang tertentu untuk membuat dirinya lebih cantik atau lebih hebat misalnya.Kesederhanaan dirinya lah yang membuatkan dia menarik dan menawan secara semulajadi.

11)Menerima anda seadanya.
Dia menerima segala kelebihan dan kekurangan anda dengan terbuka dan seadanya diri anda.Dia tidak pernah membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.Baginya anda adalah diri anda yang disukainya.

12)Menerima orang-orang disisi anda.
Dia dapat menerima dan bergaul baik dengan orang-orang disisi anda seperti ibu bapa,adik beradik,ahli keluarga dan kawan-kawan anda.

Demikian beberapa karakter wanita yang baik untuk dijadikan teman hidup.Pastinya juga ada banyak lagi karakter-karakter wanita yang lain disukai oleh lelaki.Semuanya terpulang pada keinginan dan citarasa sendiri.Namun,diharap agar apa yang disampaikan diatas dapat menjadi sebagai panduan asas buat kaum lelaki dalam memilih wanita yang terbaik sebagai pasangan hidup masing-masing.

Sekian.Semoga ianya bermanfaat.Terimakasih.

Ulasan

  1. boley share tak? nak copy sket.. heee..

    BalasPadam
  2. tak jd masalah,asalkan ia berguna..kalau letak kt blog..please link back k..tq

    BalasPadam
  3. nice..suke membaca...jadik panduan pedoman hidup

    BalasPadam
  4. Mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidup yang mempunyai karakter seperti itu sekarang sudah amat sukar sekali sob, seperti menjari jarum ditumpukan jerami. Harus banyak2 berdo'a kepada Allah..

    BalasPadam
  5. benar tu gan,tapi dlm ramai2 wanita mustahil tak ada kan..
    Sebenarnya masih ramai wanita yang baik..yang penting jgn kita menilai mereka dari pandangan pertama,kedua, ketiga saja.Sebaiknya kenali lebih lanjut baru kita tahu karakter sebenar seseorang wanita itu samada baik atau tidak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet