5 Sikap Penting Menjadi Lelaki Yang Romantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Anda punya teman wanita,tunangan atau isteri yang disayangi?Pernahkah anda terfikir,selama anda bersama si dia adakah layanan anda terhadapnya cukup romantik?

Bagaimanakah caranya anda menunjukkan keromantisan anda kepada si dia?Apakah dengan menyatakan perasaan kasih sayang dan cinta anda padanya atau pun memenuhi segala permintaannya sudah cukup membuktikan keromantisan anda?

Rata-rata wanita memang sukar menafikan bahawa memang menjadi impian mereka untuk mempunyai pasangan lelaki yang melayani mereka dengan romantik.

Oleh itu menjadi seorang lelaki yang romantik itu dikira amat penting bagi lelaki melayani pasangan wanita sesuai dengan keinginannya.Tetapi bagaimanakah caranya mahu menjadi lelaki yang romantik?

Ada sesetengah lelaki yang berkata,sifat romantik itu tidak dapat dimiliki oleh semua lelaki kerana ia sesuatu yang lahir dari dalam diri masing-masing.Pendapat seperti ini sebenarnya salah.Hakikatnya,semua lelaki boleh menjadi lelaki yang romantik.Apa yang perlu ialah sikap yang betul dan tepat dalam melayan pasangan wanita.

Untuk menjadi lelaki yang romantik ada 5 sikap penting yang harus diterapkan pada diri anda iaitu;

1)Hargai Masa Berdua.
Setiap detik dan waktu yang dilalui amat penting dalam hubungan anda dan pasangan.Aturlah dan gunalah masa berdua dengan sesuatu yang memberikan kegembiraan dan kenangan manis.Lahirkan perasaan cinta terhadap pasangan dengan menguntukkan lebih banyak waktu untuk bersama-sama dengannya.

*Tips-Ketika bersama,rancangkan aktiviti yang menyeronokkan.Kalau ada bajet lebih,apakata anda dan pasangan sekali sekala bercuti berdua.Habiskan waktu ditempat yang indah,tenang dan aman.

2)Latih cara berbual.
Berbual pun sebenarnya ada seninya.Banyak pasangan yang sukar untuk memahami hati budi masing-masing.Jangan terlalu mudah menyakiti dan mengguris hati pasangan anda.Jika ingin berbual tentang isu yang serius,cubalah sesuaikan dengan keadaan.Andai ketika dia penat,atau berwajah muram dilanda masalah misalnya dalam kerja,elakkanlah perbualan yang boleh membuat si dia tambah tertekan.

*Tips-Andai si dia dalam keadaan tertekan,cubalah mengambil hatinya sebaik mungkin.Bawalah si dia melakukan aktiviti yang menyenangkan seperti bersiar-siar ditepi pantai sambil menghirup udara segar.

3)Sedar dan memahami.
Kajilah bagaimana si dia ingin dicintai.Terlalu banyak cara untuk melahirkan perasaan cinta.Dengan mengetahui dan memahami hati si dia akan memberikan idea yang terbaik buat anda melahirkan rasa cinta padanya.Ada orang melahirkan firasat cinta yang romantik kepada pasangan dengan memberikan bunga atau coklat yang digemari.Ada pula yang berkata,pemberian hadiah berupa barangan yang mahal dan popular juga sesuatu yang romantik.Tetapi bukan semua orang sama minat dan kesukaan.Oleh itu apa yang penting adalah kaji dan fahami dulu perasaan dan keinginan pasangan anda.

*Jika anda sukar memahami kehendak pasangan,cara terbaik adalah dengan memberikan si dia sesuatu yang lahir secara ikhlas dari anda sendiri misalnya anda boleh menulis puisi,nota ataupun surat cinta kepadanya dan buatlah sedikit kejutan.Hantar ke alamat rumahnya secara pos atau emailkan ke emailnya.Sesuatu yang patut anda tahu,banyak wanita sebenarnya sukakan lelaki yang kreatif.

4)Belajar memaafkan.
Elakkan dari terus melenting,menengking atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah pasangan sekiranya si dia membuat sesuatu yang membuat anda marah.Berbincanglah dan tegurlah si dia dengan lembut,tenang dan matang.Belajarlah memaafkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya.

*Tips-Jika dalam keadaan marah,cuba tenangkan diri dengan berdiam diri buat seketika sambil ingat segala kebaikan yang ada pada si dia.Ingat kerana apa anda menyintainya dan berpeganglah pada ciri-ciri si dia yang anda sukai itu.Percayalah!ia akan membuat anda lebih tenang dan mudah untuk memaafkan.

5)Hormati pasangan.
Terima dan hormatilah si dia seadanya.Hormati apa yang dilakukan si dia misalnya pekerjaannya atau pun minatnya.Nescaya si dia pasti akan merasakan sinar keikhlasan anda dalam menyintainya.

*Tips-Sentiasalah memberikan perhatian dan menjaga hati pasangan anda.Pastinya hubungan anda dan si dia akan menjadi lebih romantik,erat dan berkekalan.

Demikianlah sikap-sikap yang perlu ada untuk menjadi lelaki yang romantik.Rasanya tak susah untuk mengamalkannya jika kita benar-benar menyintai pasangan kita.

Ulasan

  1. kalo ada uang bini jadi romantis gan, kalo enggak ada uang bisa perang !!! susah bener jadi laki laki romantic, yang paling romantic ya itu tadi uang !!! gimana gan ????

    BalasPadam
  2. harap-harap romantis sampai ke alam perkahwinan :D

    BalasPadam
  3. akang surya-tak semua wanita tu materialistik gan.
    Tak dinafikan mmg ada mcm tu..tapi bukankah itu tandanya dia bukan sukakan diri kita,hanya sukakan uang sj.
    Bagaimana pula jika kita jadi lelaki romantik yang diminati wanita,lantas ada wanita yg punya uang sukakan kita..bknkah itu sesuatu yg baik.
    Jadi terpulanglah pd kita lelaki mahu jadi yg mcmana..betul tak?

    BalasPadam
  4. dari penjelasan diatas kunci dalam suatu hubungan adalah masing2 pasangan bisa saling mengerti, dan saling memaafkan, yang lainnya juga selalu saya terapkan tapi entah kenapa tiap kalai saya menjalin hubungan dengan lawan jenis, saya selalu dipermainkan

    BalasPadam
  5. rizky-mungkin anda bisa mengerti dan memahaminya tapi bagaimana pula dgn si dia.Bukannya semua orang suka mempermainkan orang lain.Apa yang penting,kita sbg lelaki sudah berusaha menjadi yang terbaik buat wanita,pastinya suatu hari akan ada wanita yang sama-sama memahami dan sedar akan apa yang telah kita lakukan.

    BalasPadam
  6. , iya sob semoga saja, amin... saya ambil hikmahnya saja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki