7 Rahsia Yang Wanita Tidak Mahu Lelaki Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kaum wanita memang dikenali dengan kemisterian mereka yang tersendiri.Memang sukar memahami apa yang difikirkan diminda dan apa yang dirasakan dihati wanita.
Wahai para lelaki semua,tahukah kita bahawa wanita bila berkata-kata kadang-kadang bukan bermaksud seperti yang diucapkannya,tetapi punya makna terselindung dan berlainan.Ini bukanlah bermaksud kaum wanita itu suka berbohong tetapi menggambarkan bahawa bukan mudah sebenarnya untuk lelaki mengenali wanita dengan sebetul-betulnya.

Pernahkah kita sebagai lelaki cuba mentafsir sifat,fikiran dan naluri yang tersembunyi dalam diri kebanyakan wanita?
Tentunya andai lebih banyak perihal wanita kita ketahui akan lebih mudah bagi kita memahami,melayani dan menghargai wanita disisi kita.
Untuk itu kali ini,apakata kita sama-sama meneliti beberapa perihal atau rahsia yang ada pada kebanyakan wanita yang sebenarnya wanita tidak mahu kaum lelaki mengetahuinya.

Beberapa rahsia yang dimaksudkan adalah;

1)Rasa cemburu.
Pastinya ramai yang akan menafikan,tetapi kenyataannya kebanyakan wanita mempunyai rasa cemburu yang berlebihan.Secara tak sedar,wanita akan merasa cemburu walau pasangan lelakinya sekadar bercakap atau berbual dengan kawannya atau wanita lain.Mungkin rasa cemburu itu tidak ditunjukkan,namun setiap kelakuan pasangannya akan sentiasa melekat di fikiran mereka.

2)Gemukkah saya?
Percaya atau tidak,persoalan ini sentiasa bermain difikiran kebanyakan wanita.Walaupun mempunyai tubuh badan yang kurus,wanita tidak pernah menganggap dirinya kurus.Soalan seperti ini,"Adakah saya nampak agak gemuk?" misalnya tentu akan keluar dari mulut wanita.

3)Sayalah ratu.
Rata-rata wanita secara tak sedar sentiasa berperasaan dan ingin dianggap dialah yang tercantik dari orang lain.Hanya dia satu-satunya ratu di dalam dunia.

4)Dalam soal berbelanja,wanita kerap berbohong.
Tentu ramai yang tidak bersetuju,tetapi inilah yang kerap dilakukan oleh kebanyakan wanita.Misalnya jika keluar membeli belah barangan dapur sekalipun,pasti ada sesuatu yang akan dibeli wanita untuk dirinya sendiri.Dan bila ditanya oleh pasangan lelakinya,kebanyakan wanita akan memberitahu lain dari yang sebenarnya,seperti dari segi harga atau pun potongan diskaun.Mungkin jika diskaun hanya 20%,ia akan ditambah jadi 30% misalnya.

5)Sukar simpan rahsia.
Berhati-hati jika ingin berkongsi rahsia dengan wanita.Dibandingkan dengan lelaki,wanita lebih sukar menyimpan rahsia.Kaum wanita kebanyakannya suka bercerita dan berkongsi apa saja dengan kawan mereka termasuklah sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan.

6)Saiz kasut lelaki.
Pernah tak anda sebagai lelaki bertemu seorang wanita,dan dia akan memandang kebawah melihat kasut anda?Mungkin ini dianggap sekadar mitos bagi sesetengah orang,tetapi percaya atau tidak,ada wanita biasanya menilai lelaki dari saiz kasut mereka.

7)Wanita tahu bila lelaki menipu.
Kaum wanita memiliki naluri dalaman semulajadi yang mampu menimbulkan firasat yang tepat bila lelaki menipu atau membohonginya.Jadi berhati-hati sekiranya ingin berbohong dengan wanita,kerana mungkin mereka tidak menyatakan tetapi hakikatnya,mereka mudah tahu bila lelaki menipu.

Demikian beberapa rahsia atau perihal diri wanita yang pada hemat saya boleh dijadikan landasan buat kaum lelaki lebih memahami wanita disisi mereka.Bukankah wanita itu dijadikan untuk lelaki.Maka seharusnyalah kita sebagai lelaki mesti sentiasa berusaha memahami diri wanita agar lebih mudah dalam melayani,menghargai dan membahagiakan wanita disisi kita.

Semoga post kali ini ada gunanya buat saya dan anda semua.Sekian.Terimakasih.

Ulasan

  1. haha ! perempuan bukan tak boleh simpan rahsia cuma tak selesa kalau dia sendiri tau . oh , kecuali Tia ye ;)

    BalasPadam
  2. Tia-baguslah kalau berkecuali.Sbb rahsia yg disimpan seseorang tu biasanya yang boleh mengaibkan empunya diri..

    BalasPadam
  3. nice info nie..tapi tak tau pulak bab tengok kasut laki tu..ehehe

    BalasPadam
  4. opah kentang-thanks ye..ada tak tgk kasut lelaki time 1st jumpa..ops!hehehe..

    BalasPadam
  5. oppss..cik sakura boleh tahu orang yg menipu..cuma orang yang rapat je..orang yg tak rapat cik sakura susah nak kenal pasti..

    BalasPadam
  6. hmm..no 7-mmg kena akui wanita ada special naluri..
    Thanks hadir n komen c.sakura.

    BalasPadam
  7. yup...aku rase lepas aku bace artikel ni bru aku perasan...point last skali mmg killer...

    BalasPadam
  8. kamil-hehe..lelaki kena hati2 kalau nak kelentong wanita..kamil-hehe..lelaki kena hati2 kalau nak kelentong wanita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki