8 Sebab Utama Wanita Curang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Post kali ini adalah kesinambungan dari post saya sebelum ini,10 Sebab Utama Lelaki Curang.

Seperti yang kita semua akur,kecurangan dalam perkahwinan atau pun hubungan percintaan,bukan semata-mata dilakukan oleh lelaki sahaja,tetapi kaum wanita juga.Maklumlah lumrah kita ni manusia sudah semestinya bukan 100% sempurna.

Untuk kali ini,saya akan menyenaraikan beberapa sebab utama yang membuatkan seseorang wanita itu curang.Namun sebelum itu,ingin saya tegaskan terlebih dulu bahawa post ini bukan berniat untuk menghina dan mengaibkan mana-mana wanita.Ianya sekadar untuk dijadikan renungan ataupun pedoman dan iktibar buat kita semua.

Oklah,saya tak ingin bercerita panjang lagi.Antara sebab-sebab yang membuatkan wanita curang adalah kerana;

1)Tidak cukup atau tidak puas seks.
Rata-rata lelaki sebenarnya agak mengambil remeh tentang ini.Maksud tidak cukup seks diatas bukanlah maknanya nak kena buat seks hari-hari.Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan.Janganlah baru-baru kahwin je ada rasa 'geram' kat isteri,tapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah.

2)Naluri liar.
Seperti juga lelaki,kaum wanita juga sebenarnya punya naluri liarnya sendiri.Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan,naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya.Iyalah,jika lelaki boleh,kenapa tidak wanita.

3)Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk,kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan.Apalagi jika si suami asyik dengan kerja.Ada dirumah pun anak-anak lebih diperhatikan.Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain.Sesekali bawalah isteri keluar berduaan,tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar.

4)Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun,tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya,ianya akan melekat dihati dan fikiran wanita.Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas tiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan.Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.

5)Rasa terabai.
Ini biasanya terjadi bila perkahwinan mencecah ke usia yang lama.Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika suami sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para suami.Biasalah kan,isteri tiap-tiap hari buat kerja rumah,cuci kain,kemas rumah,memasak dan lain-lain tapi segala penat lelah tak dihargai dan diambil peduli.Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun,sesekali pulang awal kerumah.Tolong isteri sikit-sikit.Hargai segala penat lelahnya dengan menunjukkan sikap prihatin.

6)Kemesraan yang berkurangan.
Baru-baru berkahwin,setiap pagi dan petang mesti kiss isteri mesti ucap I love you.Tetapi dah lama,nak dengar suara suami panggil sayang pun susah.Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja,dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir.Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar,misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.

7)Kebosanan dibilik tidur.
Keintiman atau asmara yang sentiasa sama saja pada setiap masa boleh membosankan wanita.Apalagi jika dirinya seolah-olah dianggap atau dijadikan sebagai tempat melepaskan keinginan sahaja.Seperti juga lelaki,wanita pun perlukan sesuatu yang berlainan atau lebih variasi untuk keseronokan.Bukankah rasa keseronokan dalam hubungan asmara itu penting.

8)Balas dendam.
Percaya atau tidak,kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki.Jika suami pernah berlaku curang,rasa sakit hati,marah,kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan akan menjadi dendam.Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam,wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas balik apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

Jadi,kepada anda khususnya kepada yang telah berumahtangga dan yang bakal mendirikan rumahtangga,sentiasalah mencari jalan untuk mengekalkan kemesraan,kerukunan dan keharmonian rumahtangga semoga dijauhkan dari sesuatu yang tidak di ingini.

Sekian dulu untuk kali ini dengan harapan apa yang ditulis dalam post ini ada juga gunanya buat semua.Terimakasih.

p/s:Jangan lupa baca juga 10 Sebab Utama Lelaki Curang

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet