Bila Putus Cinta...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Hmm..nak berbicara pasal cinta ni memang aku bukanlah pakar..memang tak berapa reti pun.
Tapi untuk post kali ini aku terpanggil untuk bercakap sedikit sebanyak setakat yang aku tahu.

Sebenarnya,post aku kali ini ditulis gara-gara seorang kawan aku yang baru saja 'break' dengan kekasihnya.Kesian juga aku kat dia.Apa taknya,bercinta bertahun lama tapi putus jua akhirnya.Namun,itulah lumrahnya dunia cinta,tak semua yang diimpikan jadi kenyataan.

Bagi sesiapa yang putus cinta tu,sabarlah,pasti ada hikmah disebalik setiap yang terjadi.Ingatlah,bukan kita yang menentukan,hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Inilah juga yang aku cakapkan pada kawan aku tu.Tapi entah mengapa,dia macam terlampau hanyut dengan kekecewaannya.Berjumpa kawan-kawan pun tak mahu.Selalu saja nak bersendiri.Kurungkan diri dalam rumah,dalam bilik.Lepas tu dengar lagu-lagu jiwang yang mendayu-dayu,yang sedih-sedih.Isk isk..puas aku cakap kat dia agar let go saja apa yang dah jadi dah lepas.Yang didepan masih banyak lagi.

Aku sedar,sikap kawan aku tu adalah sesuatu yang biasa bagi kebanyakan orang yang putus cinta.
Oleh itu kali ni aku akan berkongsi satu petua untuk sesiapa saja yang baru putus cinta.Petua ni petua aku sendiri.Petua yang aku buat bila putus cinta waktu muda-muda dulu.

Petua aku mudah saja,kalau baru putus cinta tu,nak bersendiri tak salah tapi bersendiri untuk memulihkan semangat yang hilang.Jangan pulak duk bersendiri dan tambahkan lagi kesedihan dengan mendengar lagu yang sedih-sedih,menonton movie yang sedih-sedih.Kalau macam tu bukannya makin pulih tapi makin teruk jadinya...

Cara aku dulu,tahu tak apa aku buat?
Aku duk bersendiri jugak,aku dengar lagu jugak.Tapi lagu yang aku dengar bukan lagu mendayu-dayu yang sedih-sedih pasal kecewa pasal terluka.Aku dengar lagu lagu goyang kepala, lagu band band underground,band band metal.Tapi bukan ler pulak lagu lagu yang tak bermoral.Band band underground dan metal ada yang buat lagu yang berguna dan bermesej yang baik dan boleh memberi semangat hidup.
Ternyata cara aku tu memberi kesan yang baik.Dalam masa singkat aku dapat lupakan kesedihan aku.Mungkin sebab hari-hari telinga duk kena sumbat ngan bunyi bingit sampai jadi lupa pasal kecewa sendiri.Tapi apa-apa pun ia memang membantu aku masa tu.

Kalau anda yang baru putus cinta tu nak cuba petua aku ni silakanlah.Tak semestinya lagu lagu underground dan metal saja.Dengarlah lagu apa pun yang anda suka asalkan lagu yang boleh memberi semangat dan mengembirakan.
Aku dah sarankan petua aku ni kat kawan aku tu,harap-harap dapatlah membantunya nanti.

Oklah saja aku rasa untuk kali ini.Jumpa lagi di post ku yang lain.
Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet