Cara Mencipta Bahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Kebahagiaan memangnya menjadi dambaan dan impian setiap orang.Siapa yang tidak ingin hidup bahagia kan?Kalau boleh setiap hari yang dilalui ingin dilalui dengan rasa aman,tenang,gembira dan bahagia selalu.

Namun,hakikatnya bukan semua orang dapat merasa bahagia.Hinggakan ada yang sentiasa mengeluh dan menyesali hidup mereka.Ada juga yang menyalahkan orang lain,menyalahkan keadaan dan paling teruk ada yang sampai menyalahkan takdir.

Sebenarnya kebahagiaan hidup itu bergantung kepada diri kita sendiri.Bukan keadaan bukan sesiapa pun yang menentukan samada kita bahagia atau tidak.Kitalah yang berhak dan bertanggungjawab mencipta kebahagiaan kita sendiri.

Anda tentu melihat,ada sesetengah orang yang hidup biasa,hidup sederhana,tetapi sentiasa gembira dan bahagia dengan hidupnya.Anda juga tentu melihat,ada orang yang hidup mewah,kaya raya dan harta berlambak,tetapi hidup tak gembira,penuh masalah dan tak bahagia.Lalu apakah sebenar yang dapat menjadikan kita seorang yang bahagia?Apa sebenarnya rahsia mereka yang sentiasa gembira dan bahagia itu?

Sebenarnya untuk hidup gembira dan bahagia bukanlah sesuatu yang terlalu susah.Ada beberapa cara yang boleh kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari.Saya akan berkongsi dengan anda cara-cara mencipta kebahagiaan hidup yang memberikan kesan yang amat baik dalam hidup saya.

Dalam hidup sehari-hari,apa yang perlu kita amal dan terapkan adalah;

1)Bersikap sentiasa bersyukur.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Walaupun kita tidak kaya seperti orang lain,usah sesekali mengeluh.Ingatlah,Tuhan lebih arif apa yang diberikan kepada kita dan kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa saja pemberian-Nya.Dengan itu kita akan sentiasa ikhlas dan redha menerima keadaan hidup kita samada susah atau pun senang.

2)Sabar selalu.
Walau apa pun masalah atau dugaan yang datang,bersabarlah!Dengan bersabar,kita secara langsung akan yakin bahawa dalam hidup ini,kita merancang tetapi ada yang mengaturnya.Mungkin hari ini kita susah,tetapi siapa tahu esok kita akan senang.Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.Jadi,bersabarlah dalam apa jua keadaan pun.

3)Berdoa dan berusaha.
Tanpa usaha,apa pun yang kita impi,sukar untuk menjadi kenyataan.Jika inginkan kebahagiaan,berusahalah ke arah hidup yang bahagia.Dan jangan lupa,berdoalah kerana kita hanya mampu merancang tetapi hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa yang menentukan.

4)Bersikap positif dan percaya diri.
Pupuklah kepercayaan terhadap diri sendiri.Sentiasa percaya bahawa kita juga boleh berbahagia seperti orang yang hidup bahagia.Jalani hari-hari dengan sikap yang positif kerana sikap positif ketika melakukan apa perkara pun yang kita lakukan akan memberikan hasil yang positif.Dan begitulah pula sebaliknya.

5)Hargai diri sendiri.
Sentiasa menghargai siapa kita,bagaimana keadaan kita akan membuatkan kita akan lebih tenang dan berani melalui hidup ini.Dengan itu,kita pasti akan bersedia dan sentiasa ada jalan melalui hidup dengan cara dan situasi yang kita mahukan.

6)Berbuat baik dan hargai orang lain.
Berbuat baik dan menghargai orang lain akan membuatkan mereka juga akan berbuat baik dan turut menghargai diri kita.Ini hukum alam yang sukar disangkal.

Percayalah yang sesiapa pun berhak hidup gembira dan bahagia.Jadi bahagiakanlah hidup anda sendiri dengan melalui kehidupan seharian mengikut cara-cara yang diberikan diatas.Insya-Allah kebahagiaan itu akan ditemui.
45SJ4QRA5HM6

Ulasan

  1. pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya tulisan posting kamu berwarna hitam ataupun tukar font type kepada yang lebih mudah dibaca.

    BalasPadam
  2. Terimakasih luna sbb bagi pendapat.Betul gak kata anda sbb sy sdri rasa mcm x berape sedap hati ngan warna blue ni.
    Saya ikut pendapat anda coz sy msh newbie g ni.

    BalasPadam
  3. kan dah sangat comel dan mesra blogger... Mari baca tips blogging yang saya sediakan ni, ini adalah berdasarkan pengamatan saya selama berblog dari tahun 2008:
    Unsur "Jangan Dibuat" Pada Blog Untuk Menjadi "Blog Mesra Pengunjung"

    BalasPadam
  4. terimakasih byk2.Dah baca dah entri tu.Sedar dah,byk lagi nak kena belajar ni.Terimakasih sekali lg

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet