Erti Di Sebalik Ciuman



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Anda pernah mencium kekasih?Di mana ciuman yang anda berikan?Di bibir?pipi?leher?
Atau anda pernah menerima ciuman dari yang tercinta?
Ciuman memang mengasyikkan bagi pasangan yang sedang berkasihan.Ibarat jiwa melayang ke angkasa rasa.Naluri serasa bercantum dengan kebahagiaan.

Namun dalam anda memberi dan menerima ciuman,tahukah anda erti sebenar disebalik ciuman tersebut?

Sebagai sedikit pengetahuan buat semua.Terutama mereka yang tengah dibuai keindahan berpacaran.Hari ni saya akan kongsi erti-erti di sebalik ciuman.Semoga sekiranya anda menerima ciuman dari seseorang selepas ini,anda akan dapat mentafsir apa yang sebenarnya ingin dikatakan oleh si dia yang mencium anda.

Erti Ciuman

Ciuman di bibir.
-Ertinya si dia ingin menyatakan perasaan cintanya kepada anda.Kekuatan cinta yang dirasakannya sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata lalu si dia menyalurkan perasaan hatinya melalui ciuman dengan harapan anda pun turut merasai apa yang dirasakannya.

Ciuman di pipi.
-Si dia sebenarnya belum bersedia untuk lebih serius dalam hubungan anda berdua.Hanya sebagai kawan lebih tepat menggambarkan perasaannya terhadap anda.

Ciuman di tangan.
-Jangan terkejut jika si dia yang suka mencium tangan anda memiliki banyak photo anda dalam simpanannya.Tak keterlaluan jika dikatakan si dia sering mimpikan diri anda.Ternyata anda adalah pujaan hatinya dan dia sering mengingati anda tak kira dimana pun berada.

Ciuman di dagu.
-Baginya anda adalah ratu.Melihat wajah anda membuatkan si dia penasaran,apalagi jika dapat sentiasa bersama.Anda merupakan seorang yang punya karisma dan aura yang tersendiri bagi dirinya.

Ciuman di telinga.
-Si dia yang suka memberikan ciuman ditelinga biasanya seorang yang 'happy go lucky' dan dia pun mahukan anda sepertinya.Keseronokan bergurau senda dan bermesra bersama anda itulah yang diinginkan.Dengan kata lain dia mengajak anda bersukaria dan lupakan sejenak lain-lain hal.

Ciuman di leher.
-Ternyata anda sering membuatnya terasa tergoda.Tetapi bukan dari segi seksual semata-mata.Perasaan cintanya terhadap anda terlalu dalam hinggakan dia tidak rela walau sekejap berada jauh dari anda.Baginya,dia ingin menjadikan anda miliknya seorang sampai bila-bila pun.

Ciuman di bahagian lain.
-Misalnya ciuman dibahu anda.Ia bererti bahawa si dia mengagumi dan menghormati diri anda.Baginya andalah insan terbaik yang pernah dikenalinya.


Sekian.Semoga apa yang diberikan setidak-tidaknya memberi sedikit pengetahuan buat semua.
Terimakasih.

Ulasan

  1. berkunjung di tengah malam sambil membawa 2 artikel terbaru dari http://www.topengtuxedo.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kalau saya lebih suka ciuman di bibir ajah, enak dan nikmat

    BalasPadam
  3. singgah sebentar @ wanville.wordpress.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki