Faktor Utama Penentu Kepuasan Dan Nikmat Seksual

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kehidupan seksual yang bersemarak,bersemangat dan penuh keghairahan amat penting dalam sesebuah perkahwinan.Ia merupakan faktor utama yang menentukan hubungan yang harmoni dan berkekalan.

Hubungan seksual dalam perkahwinan bukan sekadar satu kegiatan fizikal semata-mata tetapi merupakan refleksi daripada keseluruhan hubungan dan ikatan yang dibina yang menyatukan pasangan suami isteri.

Kebanyakan masalah yang timbul dalam hubungan seksual suami isteri bukanlah kerana si suami atau isteri tidak dapat memuaskan keperluan seksual pasangannya,tetapi kerana adanya komunikasi yang kurang baik diantara mereka yang mempengaruhi kenikmatan seksual itu sendiri.

Sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu diambil berat dan perlu dikembangkan dalam membina keharmonian hubungan antara suami dan isteri yang sekaligus menjadi faktor utama menentukan tahap kepuasan dan kenikmatan yang baik dalam hubungan seksual.

Antara faktor-faktor tersebut adalah;

Hubungan komunikasi yang akrab
Ambillah masa beberapa jam dalam sehari untuk berbual-bual dengan pasangan dan bertanyakan aktivitinya hari itu.Melalui perbualan,seorang isteri akan merasa dirinya diberi perhatian oleh suaminya.Hubungan komunikasi yang akrab antara satu sama lain secara tak langsung akan membantu dalam mencapai hubungan seksual yang istimewa.

Hubungan spiritual yang baik
Banyak pasangan yang lalai tentang kepentingan ini.Percaya atau tidak,ibadah agama yang dijalankan bersama sama antara suami isteri akan memberikan kesan 'keintiman' yang baik.Inilah salah satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain,dimana Tuhan juga turut memberkati anda melangsungkan ibadah tersebut disamping memperkuatkan lagi ikatan perkahwinan.

Hubungan fizikal yang akrab
Menyentuh,membelai,mencium pasangan adalah sesuatu yang harus diamalkan.Menerusi setiap sentuhan yang berlaku,tubuh akan mengeluarkan sejenis bahan kimia iaitu endorphin yang memberikan kesan aman dan menyenangkan.Ia juga mampu menyembuh perasaan celaru,gusar, dan sebagainya baik kepada yang disentuh ataupun yang menyentuh.Setiap sentuhan dan belaian antara suami isteri merupakan 'ungkapan bisu' perasaan cinta yang mendalam.Sebaik-baiknya,sentuhlah pasangan anda antara 8 hingga 10 kali sehari.Anda pasti akan dapat merasakan keakraban yang wujud antara satu sama lain.

Hubungan emosi yang erat
Situasi ini amat penting bagi seorang isteri.Kaum wanita merupakan kaum yang amat mementingkan perasaan dan mereka selalunya mudah terbawa-bawa dengan emosi dalam menanggapi sesuatu.Walaupun sudah berkahwin,tak semestinya anda berdua harus melupakan apa yang sering dilakukan seperti ketika bercinta.Apa salahnya anda berdua sesekali keluar berdua-duaan tanpa anak-anak.Mengucapkan perkataan 'sayang' atau memuji pasangan dengan kata-kata manis dan sedap didengar amat penting.Semakin banyak pasangan suami isteri berbicara dengan melibatkan emosi yang mendalam,semakin erat hubungan antara satu sama lain.Ini sekaligus akan mempengaruhi hubungan seksual kepada lebih istimewa,menyeronokkan,nikmat dan memuaskan.

Apa yang penting,dalam menentukan kepuasan hubungan seksual suami isteri,ia haruslah dibina dan dikembangkan dengan komitmen dari kedua-dua pihak.Ingatlah,hubungan seksual yang baik dan berkesan,titik tolak kepada kepada sebuah perkahwinan yang harmoni,bahagia dan berkekalan.

Ulasan

  1. mangstab nih artikelnya, tapi saya masih kecil loh saya belum nikah, salam kenal sekalian saya follow

    BalasPadam
  2. Tak pe belum nikah pun.Cari dan timba pengetahuan tu kan tak terbatas.Salam kenal jg ya.terimakasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet