Kenali Peribadi Wanita-Posisi Tidur


(photo credit:drocpsu)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ilmu firasat merupakan pengetahuan dan penelitian mengenai tanda-tanda pada wajah dan anggota lain tubuh manusia untuk mengetahui watak peribadi atau nasib seseorang.

Termasuk dalam bidang ilmu firasat ini juga adalah meneliti dan menelah tentang kelakuan biasa seseorang seperti ketika duduk,berjalan,tidur dan sebagainya lagi.

Kesemua kelakuan ini ternyata mempunyai makna dan telahan tertentu berdasarkan ilmu firasat.Sehubungan dengan ini,apakata kali ini kita cuba amati benar atau tidaknya telahan firasat berkenaan posisi tidur seseorang wanita.

Mengikut ilmu firasat,posisi tidur seseorang wanita itu sebenarnya melambangkan watak atau sikap peribadi wanita itu sendiri.
Dan antara telahannya adalah seperti berikut ini..

Tidur Terlentang
●Wanita yang mempunyai kebiasaan tidur secara terlentang dengan meletakkan tangan diatas tubuhnya atau di dahi merupakan seorang wanita yang berperwatakan agak tertutup.Dalam pergaulan dia biasanya amat memilih dan hanya berkawan dengan orang yang sesuai dihatinya saja.Dia seorang yang kedekut dalam berbelanja kerana sentiasa memikirkan kegunaan lain.
●Wanita yang tidur terlentang dengan tangan yang terbuka atau pun diletakkan disisi kanan atau kiri merupakan seorang wanita yang terbuka sikapnya.Dia bijak dalam pergaulan,suka menolong dan tidak segan meminta pendapat serta nasihat orang lain.Namun dia seorang yang agak sukar untuk menyimpan rahsia.

Tidur Meniarap
●Wanita yang suka tidur secara meniarap merupakan seorang yang boleh menimbulkan masalah kepada orang.Memiliki bermacam-macam kerenah.Dia juga sukar untuk setia ketika bercinta.Biasanya suka bertukar ganti teman lelaki.Jika sudah berkahwin suka menimbulkan pertengkaran.

Tidur Mengiring
●Wanita yang gemar tidur secara mengiring ke kiri memiliki perwatakan semulajadi,iaitu pembawaan sejak lahir.Apapun sikapnya adalah pembawaan sejak kecil dan bukan disebabkan pengaruh lingkungan hidupnya.Manakala wanita yang tidur mengiring ke kanan memiliki perwatakan yang terbentuk oleh keadaan lingkungannya.Jika kawannya baik maka dia pun baik.Tetapi jika kawannya nakal maka dia pun ikut jadi seorang yang nakal.
●Wanita yang tidur sekejap mengiring ke kiri dan sekejap ke kanan pula merupakan seorang yang memiliki perwatakan yang berubah-rubah.Sikapnya mudah dipengaruhi keadaan sekitar.Ada masanya dia akan menjadi seorang yang agak jahat tetapi ada masanya dia akan menjadi baik.

Apa-apa pun,anggaplah apa yang dipaparkan ini sebagai bacaan santai sambil memahami perwatakan diri sendiri.Kekalkanlah mana yang baik manakala hindarilah mana yang buruk.

Ulasan

  1. yang pernah saya baca juga diantara posisi tidur wanita yang paling buruk adalah kalau tidurnya tengkurap dan yang paling bagus adalah yang tidurnya telentang

    BalasPadam
  2. ya itu mgkn benar juga rizky sebab tiap org penelitiannya pasti berbeza.

    BalasPadam
  3. Sebelum membaca tulisan ini, aku tak pernah memperhatikan gaya tidur wanita. Tapi dengan adanya bacaan ini, kini aku bisa lebih bisa membaca watak wanita dari tidurnya. Terima kasih telah menulis post ini dan ditunggu tulisan2 selanjutnya. Tetapi apakah teori ini berlaku juga untuk lelaki?

    BalasPadam
  4. Ya,mgkn bg lelaki lbh kurang sama kang..

    BalasPadam
  5. wahh..semuanye hampir tepat. hehe ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet