Rencahati|Kenali Peribadi Wanita Melalui Haiwan Peliharaan

Rencahati|Kenali Peribadi Wanita Melalui Haiwan Peliharaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kaum wanita penuh dengan kemisteriannya yang tersendiri.Mentafsir dan mengenal peribadi wanita merupakan satu perkara yang mengujakan buat lelaki.

Lantas banyak cara yang digunakan untuk mentafsir peribadi seseorang wanita.Ada yang mentafsir dengan melihat dari bahagian-bahagian badan wanita sendiri seperti melihat gaya rambutnya,bentuk bibirnya,bagaimana senyumnya dan lain-lain lagi.Ada juga yang melihat melalui minat dan kesukaan seseorang wanita.

Antara salah satu cara yang agak menarik adalah dengan melihat haiwan peliharaan yang dimiliki oleh seseorang wanita.Setiap jenis haiwan yang disukai dan disayangi wanita sebenarnya berkait rapat dan menggambarkan sikap peribadi yang tersendiri.

Hmmm..anda teruja nak kenal peribadi wanita disisi anda?Jom kita teliti kaitannya...

Kucing
-Sikapnya amat sukar difahami.Moodnya sentiasa berubah,sekejap okay sekejap tidak.Ketika moodnya okay,dialah orang yang paling baik dalam dunia.Tetapi bila moodnya tidak bagus,mendekatinya pun kita jadi serba salah.Silap tingkah kita yang jadi habuan bebelan dan sumpah seranahnya.Dalam cinta juga perasaannya sukar ditelah.Agak kurang setia dan mudah berubah hati jika merasa bosan dengan pasangan.

Hamster
-Wanita yang suka menarik perhatian orang-orang disekeliling dengan sikap dan tingkahlakunya yang manja dan menggoda.Biasanya juga seorang wanita yang 'high mantainance' dan sentiasa ingin tampil cantik dan menawan dimata orang lain.Agak sukar untuk jatuh cinta tetapi bila hatinya sudah menyintai seseorang dia seorang yang setia walaupun kadangkala suka memainkan perasaan.

Iguana
-Ramai yang tertipu dengan keperibadian wanita yang menyukai iguana.Jika tidak mengenalinya,orang akan menganggap dia orang yang sukar didekati,susah dibuat kawan.Ini kerana orangnya agak pendiam dan susah diajak berbual.Tetapi bila mengenalinya,pasti ramai yang kagum dengan sikapnya yang positif,tenang,percaya diri dan memiliki prinsip hidup yang teguh.Orangnya amat setia dalam bercinta dan akan sabar berada disisi orang yang disayangi samada ketika susah atau senang.

Ikan
-Ibarat ikan yang nampak cantik dilihat dan sentiasa menarik perhatian,begitulah juga wanita yang menyukai ikan.Orang agak lincah,sentiasa aktif,peramah dan mudah mesra dengan orang disekelilingnya.Sikapnya itu membuatkan dia amat disenangi oleh kawan-kawan dan orang-orang yang mengenalinya.Dalam cinta,dialah wanita yang sering membuat lelaki gila bayang dan penasaran.Tetapi walaupun nampak mudah didekati dia seperti juga ikan,sebenarnya 'licin' dan sukar ditakluki.Orangnya juga boleh dikategorikan sebagai 'playgirl'.

Anjing
-Orangnya bijak,berani dan sentiasa kelihatan bersemangat.Positif dan percaya dengan kemampuan dirinya.Dalam pergaulan,dia agak sukar didekati kerana nampak seperti sombong dan tidak suka berkawan.Tetapi bila mengenalinya,ternyata dialah kawan yang menyeronokkan.Senang diajak melakukan aktiviti apa pun.Seperti juga anjing yang setia kepada tuannya,wanita yang menyukai anjing juga amat setia dalam cinta.Sekali dia jatuh cinta,kalau boleh dia akan memegang cintanya sampai mati.

Ular
-Wanita yang pintar dan berani dalam menjalani hidupnya.Memiliki sifat percaya diri yang tinggi hingga kadang-kadang menjadikan dia seorang yang agak sombong dan angkuh.Dalam cinta suka mendominasi dan 'mengikat' pasangannya.Sekali sudah bersamanya jangan sangka mudah melepaskan diri kerana lazimnya seperti ular,bila dikacau akan membalas balik dengan patukan yang berbisa.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet