Rencahati Cleverspider55 a.k.a alam1cinta|15 Perkara Yang Wanita Harap Lelaki Faham

Rencahati Cleverspider55 a.k.a alam1cinta-Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Spices Of Heart-Tulisan ini hasil daripada perbualan panjang yang tak di sengajakan dengan beberapa kawan wanita mengenai perkara yang wanita harap lelaki faham.

Mendengar apa yang diluahkan oleh kawan-kawan wanita saya membuatkan saya terfikir elok juga kiranya para lelaki semua tahu apa sebenarnya yang ada dihati wanita.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua,apa yang telah disuarakan oleh kawan-kawan wanita saya kepada saya.
Mari kita lihat apa yang dikatakan mereka..

1)"Lelaki yang sayangkan kanak-kanak lelaki paling menarik."

2)"Kami suka lelaki yang tahu membuat kerja.Kalau ada barang yang perlu dibaiki atau dibetulkan,dia tahu membaikinya sendiri tanpa mengupah/menyuruh orang lain."

3)"Jangan tipu kami tentang apa-apa pun.Anda perlu berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan penghargaan dari kami.Sekali anda melakukan kesilapan,ianya amat sukar untuk diperbetulkan kembali."

4)"Sekiranya anda mahu menipu kami,lebih baik anda putuskan hubungan saja."

5)"Tandanya anda telah menipu kami apabila anda mula membuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi seperti bertelefon,bersms dibelakang kami.Jika tak mahu kami sakit hati,jangan buat!"

6)"Kalau pun kami kadang-kadang cepat cemburu melihat anda memberikan perhatian kepada wanita lain,tak bermakna kami ni tak ada hati perut.Tetapi kami kadang-kadang perlu keyakinan dari lelaki yang kami sayang bahawa kami juga bererti buatnya walaupun kami tak secantik model."

7)"Kami sebenarnya suka lelaki romantik.Kami suka jika diberikan bunga,coklat,pakaian dalam yang seksi atau pun surat cinta berisi madah dan kata-kata manis."

8)"Kami memang punya emosi yang tak menentu,sukar anda fahami.Kami memang tak boleh nak gembira sepanjang masa.Kan hati kami mudah tersentuh,tentulah kadang-kadang ada perkara yang membuat kami sedih.Jadi biasakanlah diri anda."

9)"Perkara yang paling menarik anda buat adalah jika anda memasak atau mencuci pinggan mangkuk untuk kami.Lelaki yang tak kekok didapur lelaki menawan tau."

10)"Anda fikir kami meluat,jengkel atau marah kalau menerima sms berunsur lucah.Sebenarnya tidak.Tapi jika ianya dari orang yang kami sayang saja."

11)"Anda pasti terkejut besar kiranya anda tahu berapa banyak dan berapa kerap kami fikirkan tentang seks."

12)"Jangan anggap kami terlalu lemah kiranya kami meminta pertolongan anda melakukan kerja kami.Sebenarnya kami cuma nak tahu yang kami penting atau tidak disisi anda."

13)"Kami suka jika dilayan dengan baik sebagai seorang wanita.Walaupun tidak seperti ratu,sekurang-kurang jika kami masakkan anda makanan,pujilah sikit dan ceritakan pada kami jika anda menyukainya.Perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara kecil seperti tolong bukakan pintu kereta untuk kami,amat kami sukai dan hargai."

14)"Pasal nasihat kami kadangkala ada pro dan kontra sedikit.Bukan kami tidak suka anda memberi kami nasihat,tetapi kalau kami mahukan nasihat anda tentang apa-apa kami sendiri akan minta.Kadang-kadang kami lebih suka anda mengikut saja apa yang kami buat tanpa membantah."

15)"Kami memang sukakan hadiah.Tapi tak semestinya mesti yang mahal dan berharga.Hadiah yang murah seperti kad ucapan pun sama istimewanya bagi kami.Kad ucapan cinta/surat cinta yang kami dapat biasanya kami simpan dan akan sentiasa membacanya kembali."

Inilah apa yang di katakan oleh kawan-kawan wanita saya.Apa pandangan anda semua?Bagi para pembaca wanita, tentu ada lagi perkara yang anda kaum wanita harap lelaki faham kan?Yalah,bukan semua wanita sama..
Apa lagi ya selain dari yang saya senaraikan di atas?

Ulasan

  1. Makasih sob, 15 perkara wanita yang harap lelaki faham ini akan aku jadikan referensi dalam memperlakukan wanita. :)

    BalasPadam
  2. sama2 sobat,moga berguna k.sama2 sobat,moga berguna k.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet