Rencahati|Ramalan Gerak Tubuh




Rencahati|Ramalan Gerak Tubuh
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang-orang tua dulu suka meramal dan mempercayai setiap nasib atau kejadian yang menimpa seseorang dari gerakan bahagian tubuh.

Menurut mereka,tubuh kita sebenarnya memiliki kuasa luar biasa yang mampu memberikan isyarat atau petanda awal kejadian yang akan berlaku terhadap kita.
Contohnya,jika rasa gatal di telapak tangan kanan,ia petanda kita akan mendapat wang.Samada betul atau tidak sukar ditentukan.Mungkin juga ianya hanya kebetulan..

Pada mereka setiap gerakan tubuh kita dari rambut hinggalah ke kaki sebenarnya memberi kita isyarat-isyarat tertentu.Dan untuk pengetahuan buat semua,saya paparkan apa yang mereka katakan seperti di bawah...

Rambut Gugur
-rumahtangga atau pekerjaan kita berkemungkinan akan menghadapi kesulitan besar.

Hujung Rambut Pecah dan Bercabang
-jika sedang bercinta,jangan terlalu percaya dengan si dia kerana dia mungkin memiliki orang lain.
-jika seorang peniaga,berhati-hati dan bersedialah kerana mungkin akan mengalami masalah besar.

Alis Mata Gatal
-gatal pada sebelah kanan,tanda anda akan menerima pujian dari seseorang samada kawan-kawan atau bos terhadap diri dan pekerjaan anda.
-gatal sebelah kiri,tandanya ada orang yang menyenangi diri atau kerja yang anda buat.Bagi wanita yang single,tandanya ada seseorang yang rapat meminati anda dalam diam tetapi takut meluahkannya.

Mata Selalu Berkedip
-mata sebelah kiri tandanya kekasih atau orang yang anda sayangi merindui anda.Ada orang yang sangat memerlukan anda.
-mata sebelah kanan,hati anda sebenarnya amat merindui kekasih atau seseorang.

Hidung Gatal dan Bersin
-jika tengah melakukan sesuatu,eloklah jangan diteruskan kerana ia tidak menguntungkan dan akan membawa masalah/kecelakaan.

Telinga Berdengung
-sebelah kiri,tandanya ada kawan yang dengki dengan anda dan diri anda menjadi bualan ramai.
-sebelah kanan,tandanya kerja yang anda lakukan mendapat perhatian baik dari kawan-kawan dan bos anda.

Bibir Tergigit
-tergigit bibir bawah,ertinya ada orang yang tidak menyenangi anda hingga anda menjadi bahan umpatan dan cacian.
-tergigit bibir atas,ertinya anda menjadi pujian orang dan ada yang merindui anda.

Lidah Tergigit
-hentikan tabiat banyak bercakap tentang keburukan orang lain kerana ia akan menimpa diri anda sendiri akhirnya.

Leher Terasa Kaku
-tandanya pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai dengan anda.Hati-hatilah dengan kerja anda tersebut kerana ia mungkin akan mendatangkan kerugian buat anda.

Ulu Hati Rasa Nyeri
-hati-hati dengan kenalan atau kekasih anda kerana dia mungkin sedang mengintai kelemahan anda untuk kepentingannya sendiri.

Siku Gatal
-samada gatal sebelah kiri atau kanan,hati-hatilah dengan rakan anda kerana dia mungkin sedang berusaha memburukkan dan menyingkir anda dari pekerjaan anda.

Telapak Tangan Gatal
-sebelah kiri,tandanya anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak.
-sebelah kanan,tandanya anda akan menerima wang atau rezeki yang menguntungkan.

Jari Telunjuk Bergetar
-jika sebelah kanan,teruskan apa jua kerja yang anda sedang lakukan kerana ia akan memberikan kesenangan.
-jika sebelah kiri,hati-hati dengan pekerjaan anda kerana ia mungkin akan memberikan masalah.

Tapak Kaki Kebas
-jangan teruskan apa yang sedang anda lakukan misalnya jika sedang memandu,berehatlah sekejap kerana jika diteruskan mungkin bahaya kecelakaan akan menimpa anda.

Kaki Tersadung
-jika anda orang kaya atau peniaga yang mendapat keuntungan banyak,keluarkanlah sedekah atau buatlah kebajikan kerana jika tidak wang anda akan habis tanpa tahu puncanya.


Inilah ramalan gerak tubuh mengikut orang-orang tua dulu.Terpulang pada kita samada mahu mempercayainya atau pun tidak.
Anggaplah ini sebagai pengetahuan atau sekadar pembacaan santai kita semua.
Terimakasih.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet