Tips Mudah Kekal Cantik Buat Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Soal kecantikan memang tidak boleh dipisahkan dengan kaum wanita.Setiap wanita ingin kelihatan cantik,menarik dan menawan dimata semua orang.Oleh itu ada wanita yang sanggup membuat apa saja,sanggup menahan sakit melakukan pembedahan,menghabiskan wang membeli produk-produk penjagaan diri dan sebagainya semata-mata untuk menjaga,menambah dan mengekalkan kecantikan.

Pada hakikat,kaum wanita itu sebenarnya memang dianugerahkan dengan keistimewaan-keistimewaan tertentu.Setiap wanita itu sebenarnya memang mempunyai ciri-ciri kecantikan yang tersendiri pada diri masing-masing.Cuma mungkin ramai yang tidak menyedarinya.

Kecantikan wanita yang sebenar adalah kecantikan dari dalam diri wanita itu sendiri.Nur yang ada dalam diri setiap wanita jika dijaga dengan betul akan menambahkan keserian pada wajah.Bila wajah dah berseri-seri maka akan terserlah kecantikan yang ada.Yang tua pun akan nampak muda dan mempersona.

Untuk menjaga kecantikan dalaman ini juga amat mudah.Malah tak perlu keluarkan duit walau sesen pun.Ia sebenarnya terletak pada diri masing-masing.Kecantikan setiap wanita adalah ditentukan oleh diri mereka sendiri.

Penjagaan kecantikan dalaman bermula daripada pembersihan hati,minda,kepercayaan diri dan sentiasa memuji diri sendiri.Bersihkanlah hati dengan tidak bersangka buruk,berniat yang baik dan berfikiran positif.Bila hati bersih,fikiran akan jadi tenang dan keyakinan diri pun akan bertambah.Secara tak langsung ia akan menghindari wajah dari menjadi kusut dan muram sekaligus akan kelihatan sentiasa ceria dan berseri-seri.

Selain itu memberi pujian pada diri sendiri juga amat penting dalam menjaga kecantikan dalaman ini.Ramai wanita yang jarang memuji diri sendiri.Malah lebih memuji orang lain,konon takut dikata perasan sendiri.Inilah sikap yang salah dan kurang disedari kebanyakan wanita.Selalulah memuji diri sendiri,tapi bukanlah pula didepan orang lain.
Pujilah diri sendiri setiap hari,misalnya ketika bangun pagi,bersendirian didalam bilik,mulakan dengan berkata pada diri sendiri:"Aku ni cantik,menarik macam orang lain juga.Syukur Alhamdulillah!"

Apabila biasa dan sering memuji diri sendiri,minda bawah sedar anda dengan sendirinya menyatakan anda memang cantik.Ini akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan yang mendalam pada diri anda sendiri.Keyakinan inilah yang membantu anda kelihatan menarik dan menawan dimata orang lain.

Jadi,sentiasalah memuji diri sendiri dan latihlah minda bawah sedar anda.Untuk melatih minda bawah sedar ini,anda boleh mengamalkan meditasi(merenung diri) setiap hari.Amalan ini juga sangat berkesan untuk melatih minda agar sentiasa berfikiran positif.Percayalah,bila fikiran positif,apa pun yang kita mahu atau lakukan akan juga memberikan kesan yang positif.

Sekian.Selamat mencuba dan moga-moga bermanfaat buat wanita semua.

Ulasan

  1. yang penting sebagai wanita kalau bisa harus cantik luar dalam (hatinya)

    BalasPadam
  2. betul tu rizky..tapi sygnya,ramai wanita skrg lebih pentingkan kecantikan luaran tanpa menyedari kecantikan sebenarnya ada dalam diri mereka sendiri..

    BalasPadam
  3. hm, naper laki nk pompuan yg cantik je, camne yg x cantik?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki