Eratkan Keintiman Di Bulan Puasa

Eratkan Keintiman Di Bulan Puasa-Ramadhan datang lagi.Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesempatan melalui bulan mulia ini buat kesekian kalinya.

Bulan puasa yang mulia ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh pasangan suami isteri.Selain bulan terbaik melakukan ibadah dan menambah amalan yang dianjurkan agama,bulan ini juga perlu digunakan sebagai peluang atau kesempatan membangunkan kedekatan dan keintiman bersama.

Banyak waktu-waktu yang berharga boleh digunakan sebaik-baiknya seperti sedikit contoh di bawah ini...


Waktu Berbuka Puasa
-Kalau kebiasaannya jarang-jarang sekali dapat berkumpul makan bersama terutama bagi pasangan yang bekerja tanpa mengikut office hour,pada bulan puasa ini eloklah berusaha agar ada waktu untuk berbuka bersama.Bersama-sama menyediakan juadah,berbual-bual sementara menanti waktu berbuka,apalagi disertai dengan anak-anak pastinya akan menambahkan kemesraan dan kedekatan antara satu sama lain.

Waktu Sahur
-Walaupun sedar manfaat bersahur tetapi tak dinafikan ada sesetengah pasangan yang malas atau mengabaikannya.Sebaik-baiknya jadikanlah sahur sebagai rutin dalam bulan puasa ini.Selain menambah masa berharga untuk bersama-sama,selepas sahur,boleh pula melakukan sembahyang subuh jemaah bersama sekeluarga.Tentu ini akan menambah keberkatan hidup bersama seterusnya menambah eratkan ikatan anggota keluarga.

Selain itu,pada bulan yang penuh berkat ini,eloklah ditambah afdalnya ibadah puasa siang hari dengan melakukan sembahyang terawih di masjid pada malamnya.Inilah masanya suami memainkan peranan membawa isteri dan anak-anak bertujuan sebagai penyembuhan jiwa yang kalut oleh urusan dunia serta seterusnya menjadi masa yang amat bernilai buat membangunkan keharmonian hidup berkeluarga.

Semoga bulan puasa ini juga dilalui dengan penuh keinsafan dan kesyukuran pada Yang Maha Esa.Biarlah bulan yang berkat ini memberi sebanyak mungkin keberkatan kepada kita semua.

Sekian.Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua pembaca dan sahabat bloggers.Tak lupa juga selamat berpuasa buat sobat-sobat bloggers di Indonesia yang telah pun mula berpuasa hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet