Ingin Bahagia? Ikut Trik Ini



Ingin Bahagia? Ikut Trik Ini-Kebahagiaan itu hak setiap orang yang hidup di muka bumi ini.Bahagia juga bukan satu ketentuan tapi pilihan dari diri sendiri.Jika ingin bahagia,jadi hiduplah dengan komitmen dan usaha ke arah kebahagiaan,maka secara tak langsung anda pasti merasa bahagia.Ini hukum alam yang memang sukar di sangkal.

Tetapi hukum alam juga tak terjadi begitu saja.Perlu ada kemahuan dan tindakan barulah hukum alam akan menyebelahi kita.Lalu apakah tindakan yang boleh dilakukan agar bahagia itu datang?Apakata anda teliti beberapa trik mudah berikut..

Buatlah Apa Yang Anda Suka
-Apa yang anda suka lakukan?Apa hobi anda?Tanya pada diri dan buatlah daftar ringkas tentang perkara-perkara yang anda sukai.Lakukanlah apa yang anda sukai mengikut kesesuaian masa dan upaya anda.Usah memaksa diri,lakukanlah satu persatu.Bila anda sentiasa melakukan apa yang anda suka,lihatlah bagaimana semangat hidup anda berkembang.Hidup yang sentiasa bersemangat pastinya akan membuat diri anda sentiasa positif dan yakin dengan keinginan sendiri.

Lakukan Perubahan
-Mungkin anda tidak suka dengan keadaan atau suasana pekerjaan anda sekarang.Kenapa perlu memaksa diri melakukan apa yang tidak anda sukai.Buatlah perubahan.Carilah pekerjaan yang anda suka.Bekerjalah dengan tekun dan sentiasa berusaha memajukan diri.
Bila anda gembira dan bahagia melakukan pekerjaan anda pastinya juga hidup anda akan turut melangkah kepada kebahagiaan.

Rancang Masa Depan
-Rancang,atur dan tetapkanlah tujuan hidup anda.Buatlah senarai apa yang ingin anda capai samada dari segi kerjaya,kewangan dan lain-lain.Usahakan mencapai apa yang anda senaraikan mengikut peringkat-peringkat tertentu.Misalnya mulakan dengan tujuan yang kecil dulu,kemudian yang sederhana hinggalah kepada hal yang besar.Tetapi jangan terlalu tamak dengan keinginan sendiri.Usahakan dan capailah satu persatu.Ini akan membuat anda lebih fokus dan bertindak mengikut kemampuan tanpa membebankan diri sendiri.

Berkawan
-Carilah kawan seramai mungkin kerana kawan walaupun tidak dapat menolong di masa susah tapi sekurang-kurangnya dapat memberikan sokongan.Bergaullah dengan orang yang anda suka.Pergaulan yang luas pastinya akan memberikan anda banyak idea dan peluang dalam menyelesaikan urusan hidup.Jadilah kawan yang baik.Sentiasa bertegur sapa dan bertanya khabar.Jika tidak dapat bersemuka,gunalah kemudahan teknologi seperti telefon atau melalui media sosial.Pastinya kebosanan hidup anda akan menjauh dengan adanya kawan-kawan apalagi jika mereka dapat menjadi tempat meluahkan keluhan mahupun masalah.

Terima Dan Bersyukur
-Hindari dari membandingkan diri anda dengan orang lain.Terima seadanya dan sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada.Ingatlah, setiap orang ada kelebihan masing-masing.Kenali apa yang paling bagus bagi diri anda.Tak kiralah apa hal sekalipun.Misalnya jika anda pandai menulis sajak,karanglah sajak dan hantar ke mana-mana penerbitan atau majalah.Anda pasti bangga bila sajak anda tersiar kelak.Rasa bangga pada diri sendiri juga ada manfaatnya kepada kegembiraan dan keyakinan diri menghadapi hidup.Bila anda kenal dan gunakan potensi diri,mustahil anda akan merasa bosan dan jemu dengan hidup sendiri.


Demikian beberapa trik yang boleh di ikuti jika inginkan kebahagiaan dalam hidup.Apa yang penting,jujur dan percaya pada keinginan diri sendiri.Ingatlah,kebahagiaan anda terletak di tangan anda sendiri.

Ulasan

  1. bagus sangat...salah satu motivasi hidup yg berguna...suka point nombor 3...kite kene ade hala tuju...

    BalasPadam
  2. @kamil n sandy
    -thanks sudi hadir dan beri pendapat@kamil n sandy
    -thanks sudi hadir dan beri pendapat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet