Ini Kemahuan Seks Lelaki

Spices Of Heart

Ini Kemahuan Seks Lelaki-Umum mengetahui bahawa lelaki selalunya lebih terbuka dan berterus-terang dalam soal seks berbanding wanita.Namun tidak ramai yang sedar lelaki juga sebenarnya punya kemahuan seks yang sulit untuk diungkapkan tetapi mereka berharap wanita dapat memahaminya.

Kali ini kita akan melihat beberapa kemahuan seks lelaki yang jarang diketahui dan menjadi rahsia rata-rata lelaki.

Kemahuan-kemahuan seks lelaki sebenarnya seperti berikut ini...

Bukan Semata-mata Seks
-Kadang-kadang bila lelaki mendekati dan mengusik pasangan wanitanya,bukan bererti dia inginkan seks.Apa yang dimahukan adalah sekadar bermanja,bermesra,bergurau senda dan berbicara.Lelaki juga perlukan belaian,kucupan dan pelukan cinta dari wanita.Dan lelaki juga akur bahawa bukan setiap hubungan dan sentuhan fizikal dilanjutkan dengan seks.

Lelaki Juga Mahukan Pemanasan(Foreplay)
-Bukan selalu lelaki mampu ghairah dengan keindahan dan keseksian tubuh wanita.Apalagi kalau yang memang biasa dilihat.Sebab itu lelaki juga perlukan wanita untuk menggoda,melakukan pemanasan(foreplay) untuk menaikkan keghairahannya.Lelaki juga seperti wanita,tekanan kerja,urusan harian yang mendesak serta lain-lain hal boleh membuat hilangnya mood untuk berhubungan seks.

Bukan Selalu Memulakan
-Lelaki kadangkala amat gembira jika pasangan wanita merayu,menggoda dan meminta melakukan seks.Ini membuat dirinya rasa diperlukan.Lelaki sangat menghargai jika sesekali wanita yang memulakan,berperanan sebagai pemimpin dalam hubungan seks.Keadaan ini akan memberikan lebih variasi dalam hubungan antara satu sama lain dan lebih mendekatkan keintiman.

Berkongsi Apa Saja
-Bila memilih wanita menjadi pasangan hidup,lelaki amat mengharapkan sebuah hubungan yang berlandaskan perasaan saling menyintai,faham memahami dan berkongsi segala suka atau duka bersama.Ketika seks di ranjang juga,lelaki amat menghargai kiranya pasangannya mampu meluahkan segala masalah hati,ketidakpuasan dan juga keinginannya dalam suasana yang erat dan penuh kasih sayang.Mungkin bagi wanita,untuk berterus terang kadang-kadang takut andai lelaki akan terkilan dan berkecil hati.Tetapi,itulah yang diharapkan lelaki agar dapat lebih memahami kehendak wanita dan bersedia memperbaiki kesalahan atau kelemahan demi kebahagiaan bersama.

Mungkin ada banyak lagi kemahuan-kemahuan seks lelaki,tetapi beberapa yang diberikan diatas merupakan kemahuan umum yang melingkari kehidupan seks lelaki yang seharusnya diketahui oleh wanita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet