Moto Hidup Suami Curang

Pedoman Hidup Suami Curang-Salam dan selamat bertemu sahabat semua.Hari ini ada sesuatu yang saya rasakan amat menarik untuk dikongsi dan direnungkan bersama anda.

Bila mendengar cerita tentang kecurangan antara pasangan suami isteri,sebagai suami kepada seorang isteri,saya pasti akan bertanya-tanya sendiri,apakah yang menyebabkan terjadinya kecurangan tersebut.Kalau nak diikutkan hakikatnya,bukankah bila dah berkahwin dan bergelar suami isteri tu tanda bersatunya dua hati,bercantumnya dua jiwa,tersimpulnya kasihsayang,terikatnya ikatan cinta?Tetapi disekeliling kita pasti ada kita dengar kes-kes kecurangan yang terjadi dari hari ke hari.

Secara peribadi saya sentiasa cuba mencari jawapan kepada persoalan ini yang sebenarnya amat mendesak jiwa raga saya kerana bagi saya bila sudah bergelar seorang suami sepatutnya seseorang lelaki perlu menyerahkan hidupnya kepada isteri,anak-anak dan keluarga.

Puas berfikir akhirnya saya mendapat satu kesimpulan yang mudah kenapa banyak terjadinya kes kecurangan dalam hubungan suami isteri.Kesimpulan yang saya buat lebih kepada sikap seseorang yang bergelar suami bersesuaian dengan status saya yang juga seorang suami.

Sebenarnya seorang suami yang curang itu didorong oleh dirinya sendiri,bukan kesalahan isteri atau perkara-perkara lain yang selalu diperkatakan.Ini adalah kerana kebanyakan lelaki yang beristeri terlalu ego dengan status sebagai lelaki.Rata-rata suami yang cenderung curang terhadap isteri memegang moto hidup seperti apa yang saya paparkan dibawah ini..Mari kita teliti bersama...



WIFE

W-wonderful
I-item
F-for
E-entertaiment

HUSBAND

H-handsome
U-useful
S-smart
B-brave
A-and
N-no
D-dumb

Nah,demikianlah bila ini yang dipegang,isteri dianggap sesuatu yang menarik hanya untuk hiburan semata-mata dan menganggap diri sendiri tiada kekurangan/kelemahan sedikit pun,maka lama kelamaan ego akan menggunung tinggi membuatkan suami melakukan kecurangan tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri.

Seharusnya,suami hendaklah meletakkan isteri sama rata dengan dirinya,sama punya kelebihan,sama punya kekurangan/kelemahan dan menghargai isteri seperti mana dia menghargai dirinya sendiri.Dengan ini,rasanya suami akan lebih belajar mencintai dan ikhlas menjalani hidup berdua tanpa kecurangan dan perkara-perkara yang merosakkan keharmonian perkahwinan.

Sekian.Semoga tulisan tak seberapa ini ada manfaatnya.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet