Intai Peribadi Wanita Melalui Beg Tangan

Intai Peribadi Wanita Melalui Beg Tangan-Bila bercerita tentang gaya memang sukar sekali dipisahkan dengan kaum wanita.Dari pakaian,kasut,alat solek,barang kemas dan tidak terkecuali juga beg tangan merupakan barang yang biasanya menjadi kemestian bagi seseorang wanita.

Berkenaan dengan beg tangan,selain dari menjadi keperluan,ianya merupakan trademark bagi gaya seseorang wanita.Ada yang menyukai beg tangan yang besar,ada menyukai yang kecil serta dengan berbagai-bagai bentuk dan design.Kadang-kadang ada sesetengah wanita yang terlalu gilakan sesuatu bentuk beg tangan hinggakan semua beg tangan yang dimiliki berbentuk yang sama cuma design atau warna saja yang berbeza.

Tahukah kita bahawa setiap jenis beg tangan yang menjadi kegemaran seseorang wanita itu juga sebenarnya melambangkan sifat peribadi yang dimiliki.Nak tahu?Apakata kita intai peribadi wanita melalui beg tangan kegemarannya..


(Kredit imej: themissiah-flickr)

Beg Tangan Jenis Clutch
-Wanita yang memiliki keyakinan dan kepercayaan diri yang kuat dalam menjalani hidup.Orangnya dapat menjadi kawan yang baik kepada sesiapa saja dan dia merupakan seorang kawan yang setia menemani tak kira disaat susah mahu pun senang.



(Kredit imej: jessjamesjake-flickr)

Beg Tangan Jenis Satchel
-Wanita yang berperawakan lemah lembut dan nampak bersopan santun.Tetapi dia seorang yang amat tegas dan serius dalam tiap pekerjaan yang dilakukan.Orang yang peramah dan melayan orang-orang disekelilingnya dengan baik.Mempunyai impian-impian besar yang sentiasa diusahakan agar berjaya mencapainya.Orangnya juga seorang yang suka mengembara/berjalan melihat dan menimba pengalaman baru.


(Kredit imej: AshleyCooper-flickr)

Beg Tangan Jenis Bowling
-Wanita yang kuat dan tabah menghadapi apa saja dugaan hidupnya.Walaupun orangnya agak suka bersendiri,tetapi dia disukai ramai kerana sikapnya yang setia dan suka menolong orang lain.Jarang menyerlahkan diri namun jika sesekali dia menonjolkan kehebatan,ramai yang tertarik dan kagum dengannya.



(Kredit imej: skampy-flickr)

Beg Tangan Saiz Besar(Hobo)
-Wanita yang aktif,suka meneroka perkara-perkara baru dan mempunyai banyak minat dalam apa jua perkara.Orangnya agak bijak,memiliki idea-idea yang bernas tetapi kelemahan utama dia selalunya kurang fokus dalam apa yang dilakukan.Orangnya juga cepat putus asa dan kecewa bila apa yang diusahakan menemui kegagalan.


Ternyata,walaupun wanita dikatakan kaum yang penuh dengan misteri tersendiri,namun setiap apa yang berkaitan dengan mereka menjadi kunci untuk kita mentafsir peribadi yang dimiliki.

Semoga apa yang saya kongsikan kali ini dapat membantu kita untuk lebih mudah memahami setiap wanita disisi kita.Dengan itu,pastinya kita akan lebih tahu dan dapat melayan mereka dengan baik.Sesungguhnya layanan yang terbaik perlu diberikan kerana tanpa wanita tiadalah seri hidup kita sebagai lelaki.

Sekian.Semoga ada manfaatnya buat anda semua.

Ulasan

  1. Assalam..
    Lebih suka beg tangan yang banyak ruang kerana terlalu byk benda penting yang ingin di isi..tapi kadang kala malas pula nak membawa beg tangan, rasa macam mengganggu perjalanan.

    http://azilas.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hmm..maksudnya yg besar ler tu,kan iza.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet