Seks Sentiasa Hot? Ini Rencahnya!

Spices Of Heart

Seks Sentiasa Hot? Ini Rencahnya!-Seks yang sentiasa hot,sentiasa hangat membara merupakan tunjang penting ke arah keseronokan dan kepuasan hubungan intim yang dilakukan.Seks yang berkualiti menjadi pendokong kepada keharmonian dan kebahagiaan hidup berpasangan.Seks yang berkualiti juga ibarat sumbu cinta yang sentiasa menyala menghangatkan keinginan,memanaskan keghairahan dan mengeratkan keintiman.

Ingin kehidupan seks yang sentiasa hot? Ingat rencah-rencah berikut..

Sentiasa Tampil Segar
-Fizikal yang segar dan sihat amat penting untuk keceriaan dan daya tarik antara satu sama lain serta membantu mencetuskan keghairahan.Dengan fizikal yang segar bugar pastinya akan memberikan keyakinan dan rasa percaya diri yang tinggi dalam setiap hubungan intim yang dilakukan.

Jaga Pemakanan
-Pola pemakanan yang baik dengan diet sihat dan teratur penentu kesihatan tubuh.Bila kesihatan terjaga,semangat dan keyakinan turut berkembang.Sentiasa bersemangat saat melakukan seks menjauhkan diri dari perasaan ragu yang mampu memudarkan keghairahan.Ambil juga pemakanan yang boleh meningkatkan ghairah seksual seperti ikan dan kacang-kacang.

Stamina Baik
-Sentiasa cergas dan punya stamina yang tetap fit tentunya memberikan kelebihan ketika seks.Ini kerana seks tak dinafikan memang aktiviti yang meletihkan dan memerlukan banyak tenaga.Cara terbaik juga sihat untuk kecergasan adalah mengamalkan melakukan senaman atau pun berolahraga.

Pakaian Terurus
-Mungkin agak bertentangan,tetapi pakaian yang terurus,rapi dan menarik perhatian juga salah satu faktor untuk membangkitkan keghairahan.Pakaian sesuai yang menonjolkan keindahan bentuk tubuh pastinya dapat memberikan sensasi berbeza saat ingin berhubungan intim.

Aroma Tubuh
-Haruman dan wangian memang diketahui sebagai 'alat' pencetus berahi sejak berzaman.Pastikan tubuh dan organ peribadi sentiasa bersih dan terhindar dari bau yang menjengkelkan.Gunalah wangian yang mampu memberikan rasa aman dan menyenangkan.

Jauhi Stres
-Stres jika dibawa ketika seks pastinya akan menurunkan keinginan malahan boleh membunuh sama sekali mood anda.Pastikan fikiran sentiasa aman dan perasaan tetap tenteram saat ingin berhubungan intim.Lakukanlah meditasi atau senaman pernafasan untuk melatih dan membangunkan ketenangan.

Variasi
-Variasi yang berbagai ibarat magik dan daya magnetik menarik keseronokan ketika seks.Usah membatasi diri dari mencuba variasi baru dan cara yang berbeza setiapkali berhubungan intim.Berilah kebebasan kepada fantasi fikiran dan kemahuan perasaan bereksperimen dengan leluasa.Terokalah tiap inci tubuh antara satu sama lain tanpa rasa bersalah dan was-was.Setiap keinginan yang dikongsi dan dikembangkan bersama tentu sekali akan memberikan keajaiban tersendiri buat anda dan pasangan.


Selain dari rencah-rencah ini,apa yang perlu di ingat,seks yang berkualiti itu datangnya dari keyakinan diri dan kepercayaan yang teguh antara satu sama lain.Sentiasa suburkan kemesraan,saling faham memahami,mengambil tahu keinginan pasangan dan sentiasa berusaha mengeratkan keintiman antara satu sama lain akan memastikan seks yang dilakukan pastinya sentiasa hot dan memuaskan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet