Sibuk Untuk Seks? Ini Tipsnya

Spices Of Heart

Sibuk Untuk Seks? Ini Tipsnya-Dalam zaman maju dan serba pantas ini,keutamaan kepada pekerjaan memerlukan komitmen dan perhatian hinggakan masa luang untuk keluarga semakin terhad.

Keadaan ini nyata kadangkala mempengaruhi hubungan pasangan suami isteri terutama sekali dari segi keintiman.Masa untuk bersama menunaikan dan memenuhi keperluan batin seringkali terabai kerana banyak waktu terpaksa diperuntukkan mencari dan memenuhi keperluan zahir.

Tidak kurang juga pasangan yang mengeluh dan terkesan kerana kemesraan dan kedekatan antara satu sama lain semakin menjauh dari hari ke hari.

Kepada pasangan yang sentiasa sibuk dengan urusan dan tugas-tugas harian,berikut ada beberapa tips demi memastikan rasa keintiman dan keperluan batin anda tetap tertunai.

Curi Sedikit Waktu
-Walaupun mungkin penat dan tertekan dengan tugas harian,tetapi jangan sesekali fikirkan seks itu sebagai beban.Anggaplah ia sebagai penambah semangat dan pemberi kekuatan menghadapi hari-hari yang mencabar.Cuba curi sedikit waktu diantara masa-masa sibuk anda untuk setidak-tidaknya sekejap bermesra bersama dengan pasangan.Jika untuk hal lain anda mampu sedaya upaya memperuntukkan waktu,mustahil tidak demi keintiman anda dan pasangan.

Usaha Melakukan Sentuhan
-Sentuhan-sentuhan yang terjadi antara pasangan,walaupun sedikit mampu memberikan perasaan intim dan keinginan kepada kemesraan yang mendalam.Cubalah sesekali memberikan sentuhan mesra kepada pasangan,misalnya ketika isteri menyediakan sarapan pagi,suami boleh memeluk pinggang isteri atau memberikan kucupan ke lehernya.Isteri yang sedang sibuk memasak pastinya akan merasa tenang dan senang dengan aksi mesra yang dilakukan.Nah,jika waktu itu perasaan anda berdua mulai terarah kepada keghairahan tibalah waktunya anda dan pasangan bertindak ke aksi yang lebih intim.

Singkirkan Seketika Gadget-Gadget
-Gadget-gadget memang memudahkan urusan kehidupan.Hanya saja kemudahan teknologi ini kadangkala menganggu luang mesra antara anda dan pasangan.Apa salahnya anda singkirkan seketika laptop,handphone,tv dan lain-lain dari tempat tidur.Jadikanlah masa ditempat tidur bebas dari gangguan kemudahan-kemudahan teknologi tersebut.Biarlah waktu yang ada digunakan sepenuhnya untuk berbicara,bermesra,belai membelai dan melakukan hubungan intim bersama.

Pilih Seks Kilat
-Ini penyelesaian terbaik jika anda memangnya sentiasa sibuk.Carilah waktu beberapa minit, misalnya waktu bangun pagi atau saat bersiap-siap untuk ke pejabat juga dapat jadi waktu yang terbaik untuk melakukan seks kilat.Walau mungkin tidak sehangat seks biasa(seks marathon) tetapi seks kilat juga mampu memacu ghairah tersendiri dan memuaskan jika dilakukan dengan tepat.Untuk tips agar anda dan pasangan mampu menikmati seks kilat sebaik-baiknya,boleh baca tulisan saya sebelum ini di sini.


Apa yang perlu di ingat ,walau sesibuk mana mengejar dan memenuhi keperluan zahir,jangan sesekali keperluan batin diabaikan.Ini kerana batin yang tidak di isi dengan cinta,kasih sayang,kemesraan dan perhatian lebih banyak menimbulkan masalah berbanding kekurangan dari segi zahiriah atau pun material.

Sekian.Semoga tips yang diberikan ada manfaatnya.
Terimakasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet