Trik Mengajak Suami Berasmara

Spices Of Heart

Trik Mengajak Suami Berasmara-Walaupun memang hidup bersama,tetapi tak dinafikan masih ada sesetengah isteri yang kadang-kadang merasa segan meluahkan keinginan untuk berasmara kepada suami.

Mahu mengajak suami berasmara sebenarnya bukan hanya meluahkan dengan kata-kata atau ucapan saja.Banyak lagi cara-cara lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan 'signal' kepada suami anda.

Bila-bila masa keinginan anda hadir,apakata anda ikuti beberapa trik dibawah untuk mengajak suami berasmara..

Berpakaian Menggoda
-Kalau selalu hanya berpakaian simple dan ala kadar saja waktu dirumah,sesekali cubalah pakai sesuatu yang istimewa menyambut kepulangan suami dari kerja.Pakailah pakaian yang agak seksi misalnya gaun pendek dari sutera nipis yang menampakkan lekuk-lekuk indah tubuh anda.Suami pastinya akan tertanya-tanya,lalu nyatakan padanya yang anda sengaja ingin membuatnya senang.Kelainan dari yang biasa dilihatnya,tentu membuat hati suami bergetar saat memperhatikan anda apalagi jika disusuli dengan pergerakan atau aksi yang menggoda dan manja.

Masak Makanan Istimewa
-Makanan ternyata memang diakui menjadi senjata utama seseorang isteri menambat hati suami.Masaklah makanan kegemarannya.Jika dapat,buatlah masakan yang mengandungi bahan-bahan masakan yang mampu meningkatkan nafsu berahi seperti makanan berasaskan kacang,herba,ikan,kunyit dan lain-lain.Mintalah suami membantu anda didapur.Dalam waktu menyediakan bahan-bahan dan memasak,jelaskan pada suami tentang khasiat dan kebaikan dari makanan yang anda buat.Pastinya mendengar penjelasan anda akan membuat suami tak sabar-sabar merasa masakan anda dan membuktikan 'khasiatnya' selepas itu.

Ajak Suami Menari
-Ketika di kamar tidur,cubalah ajak suami sesekali menari bersama sambil putarkanlah lagu-lagu merdu bercirikan percintaan dan kasih sayang.Dengan suasana romantis apalagi bila terjadinya sentuhan-sentuhan ketika melakukan gerakan-gerakan tarian,tentunya anda dan suami akan tenggelam dalam perasaan tenang dan aman disulami rasa kedekatan dan keintiman yang erat.

Mandi Bersama
-Mandi air hangat dipenghujung malam mampu melegakan tubuh badan yang penat oleh urusan harian.Sesekali,bawalah suami mandi bersama sambil saling menyabuni badan antara satu sama lain.Jika mempunyai bathtub,berendam bersama juga baik untuk suasana romantik anda dan suami.Selepas mandi berilah urutan kepada suami dengan losyen kegemarannya.Lakukan sentuhan-sentuhan cinta yang sensual termasuklah ke bahagian sulitnya.Pasti keghairahan dan berahi suami akan terangsang dengan segala layanan yang anda berikan.


Selain dari trik-trik diatas,tentunya ada banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mengajak suami berasmara.Apa yang penting,jika anda tidak dapat meluahkan keinginan hati dengan perkataan,sampaikan maksud anda dengan perbuatan atau kelakuan-kelakuan yang boleh membuatkan suami senang dan tertarik.Dalam kehidupan seks suami isteri,mainkanlah peranan anda sebaik-baiknya demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.

Sekian.Semoga apa yang disampaikan kali ini ada manfaatnya.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki