Trik Nikmati Dating Romantik

Spices Of Heart

Trik Nikmati Dating Romantik|Waktu dating yang berkualiti dan romantik pastinya akan menyenangkan buat pasangan yang bercinta.Bila waktu-waktu bersama menjadi sesuatu yang istimewa,pastinya juga akan lebih mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Tetapi sebenarnya memang bukan mudah untuk menjadikan setiap dating yang dilalui berjalan dengan baik.Kadang-kadang,ianya juga boleh menjadi sesuatu yang membosankan seterusnya mendatangkan kesan yang tidak di ingini.

Untuk itu,kali ini saya akan memberikan sedikit panduan buat pasangan-pasangan yang bercinta untuk mengintensifkan waktu dating bersama agar menjadi waktu yang istimewa dan dapat pula menikmati saat-saat yang penuh romantik sebaik mungkin.

Cubalah ikut beberapa trik dibawah ini...

Rancang Awal
-Untuk mengintensifkan waktu dating agar menjadi yang istimewa dan romantik,seelok-eloknya ia diatur atau direncanakan awal misalnya 2-3 hari lebih awal.Ketahui apa yang anda ingin dan apa yang pasangan inginkan.Kemana anda berdua ingin habiskan masa bersama.Apa aktiviti yang anda berdua ingin lakukan.Sesuaikan keinginan anda berdua agar dipersetujui dan disukai kedua-dua pihak.Uruskan juga dari segi kewangan atau pun keperluan lain.Persediaan yang teratur dan lengkap akan memastikan waktu dating yang dilalui berjalan dengan lancar seterusnya pasti menyenangkan anda dan pasangan.

Ketepikan Gadget
-Sementara waktu dating,cubalah ketepikan seketika gadget-gadget yang biasa digunakan seperti telefon bimbit dan laptop.Tidak salah jika waktu bersama pasangan anda biarkan dulu blog anda sementara waktu,tidak dulu update status facebook atau pun bertweet di twitter.Tentunya juga panggilan atau sms telefon yang tidak penting akan memberikan gangguan kepada masa-masa berharga anda dan pasangan.

Tetapkan Keinginan Bersama
-Seboleh mungkin,tetapkan keinginan untuk bersama pasangan tanpa ada apa-apa pun gangguan.Ketepikan seketika hal-hal yang tidak bersangkutan.Jadikanlah waktu bersama sebagai waktunya anda berdua saling bermesra dan bercinta.

Fokuskan Keintiman
-Dari awal hingga akhir fokuskan perhatian dan perasaan anda kepada usaha mengeratkan kedekatan dan keintiman antara anda dan pasangan.Waktu ini adalah waktu anda berdua bersenang-senang bersama.Usah timbulkan dulu hal-hal serius dan elakkan ia dari menjadi waktu untuk perbincangan.Tujuan anda untuk menikmati saat-saat romantik berdua,jadi biarlah ianya berjalan seadanya tanpa gangguan perkara-perkara negatif.Inilah waktunya anda mencipta momen-momen indah bersama yang pastinya akan menjadi tunjang buat anda berdua terus bahagia.


Sekian.Semoga trik yang sederhana ini ada manfaatnya.
Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet