5 Idea Dating Cara Sihat

5 Idea Dating Cara Sihat

5 Idea Dating Cara Sihat-Keluar dating dan menghabiskan masa luang hujung minggu bersama memangnya amat menyenangkan bagi pasangan bercinta.Namun kebanyakan pasangan ternyata sering memilih melakukan kebiasaan yang agak tidak sihat ketika keluar bersama seperti makan di restoran makanan segera,menonton wayang di pawagam sambil mengunyah junk food dan lain-lain.Kebiasaan-kebiasaan ini lambat laun akan memberi kesan buruk kepada kesihatan masing-masing.

Ada banyak lagi aktiviti lebih sihat boleh dilakukan ketika dating bersama.Aktiviti-aktiviti ini bukan saja baik untuk kesihatan tubuh,tetapi lebih mampu menghilangkan kebosanan dan memberi keseronokan kepada anda dan pasangan.

Jadi,apakata anda dan pasangan mengubah suasana atau cara keluar dating bersama kepada sesuatu yang lebih menyihatkan dan berfaedah.Cubalah ikuti 5 idea yang diberikan dibawah..

Bersiar-siar Di Taman/Pantai
-Keluarlah ke mana-mana taman atau pun pantai yang ada ditempat anda.Sambil berjalan-jalan menghirup udara segar dan menikmati pemandangan yang ada,anda dan pasangan boleh berbual-bual dan bercerita.Menurut pakar,aktiviti berjalan bukan saja baik untuk jantung tetapi juga mampu mengeluarkan sejenis hormon yang akan memberikan ketenangan kepada hati.Tidak hairan jika melalui waktu bersiar-siar bersama,anda dan pasangan lebih banyak ketawa,gembira dan rasa bahagia.

Berbasikal Bersama
-Menunggang basikal bersama boleh menjadi agenda dating yang menyenangkan dan romantik.Dengan berbasikal anda dan pasangan bukan saja dapat membakar kalori tetapi mampu meningkatkan kecergasan tubuh badan dan seterusnya pasti lebih rasa bersemangat dan sihat.

Bersukan/Berolahraga
-Melakukan aktiviti sukan seperti tenis,badminton,ping pong atau pun berenang bersama pasangan pastinya akan menambah keseronokan hujung minggu anda.Lebih mengujakan lagi andainya anda berdua dapat bertanding dalam sukan yang dimainkan.Ini pasti akan memacu adrenalin dan membuatkan tubuh badan sihat dan bersemangat.

Berbelanja Di Supermarket Dan Masak Bersama
-Idea yang lebih menyihatkan dari makan di restoran makanan segera adalah dengan keluar ke supermarket,berbelanja dan memasak bahan-bahan yang dibeli bersama-sama.Sambil menikmati makanan, anda dan pasangan tentunya boleh berbual-bual dengan mesra.Sepanjang masa yang dihabiskan sudah tentunya juga dipenuhi dengan momen-momen seronok dan akan mengeratkan lagi kemesraan anda berdua.Selain itu idea ini juga pastinya lebih baik dari anda membazirkan wang untuk dinner di restoran yang mahal.

Menikmati Masa Bersama Di Rumah
-Mungkin dianggap sedikit 'kuno' dan membosankan,tetapi jika anda dan pasangan tinggal berdekatan,anda berdua boleh menikmati masa luang bersama samada di rumah anda atau pasangan.Duduk menghirup udara nyaman di halaman rumah sambil berbual-bual.Anda dan pasangan boleh juga melakukan aktiviti seperti menyusun dan menyelesaikan puzzle task.Pastinya seronok jika anda berdua dapat menyelesaikan satu-satu puzzle bersama.Aktiviti ini bukan saja mampu mengeratkan kemesraan,tetapi melatih anda berdua untuk saling bekerjasama dan bersatu.Selain itu ianya juga bagus untuk melatih kebolehan berfikir dan kesihatan otak.


Selain 5 idea yang diberikan,tentunya ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menyihatkan untuk anda adaptasikan sebagai acara dating bersama pasangan.Apa yang penting,biarlah ianya mampu memberikan keseronokan dan menyenangkan anda berdua.

Sekian.Semoga tulisan kali ini ada manfaatnya buat semua.
Terimakasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet