5 Jenis Cinta Berisiko Gagal

5 Jenis Cinta Berisiko Gagal

5 Jenis Cinta Berisiko Gagal-Bila timbul rasa suka dan jatuh cinta kepada seseorang,kadangkala kita sering terlupa berfikir dan bertindak dengan sewajarnya.Mata hati dan fikiran menjadi buta hingga kita tidak mengendahkan dan sengaja tidak ambil peduli hal-hal yang tidak baik untuk cinta yang cuba kita bina.

Membina cinta yang mampu bertahan bukanlah semudah memulakannya.Banyak perkara yang perlu diteliti dan difahamkan.Hubungan yang bermula atas dasar cinta yang memiliki unsur-unsur yang tidak baik pastinya berisiko dan lambat laun akan menemui kegagalan.

Dibawah ini saya paparkan sebanyak 5 jenis cinta yang biasanya menunjang ke arah kegagalan dan kekecewaan.Semoga anda yang terlibat dalam hubungan cinta sebegini dapat merenungkannya dan mengambil tindakan yang wajar sebelum diri sendiri menderita.


Cinta Bertepuk Sebelah Tangan
-Kadangkala hubungan cinta ada yang bukannya atas dasar suka sama suka.Ada hubungan yang terjalin bila satu pihak tergila-gilakan pihak yang lain.Sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memenangi hati si dia.Hari-hari sms,sejam sekali telefon.Kalau betul orang yang digilai juga suka tak apa.Tapi kalau si dia terpaksa melayan kerana simpati dan kasihan,kemana nanti arahnya cinta yang anda pertaruhkan?

Cinta Atas Dasar Pemberontakan Pada Ibu Bapa
-Kadangkala ada orang yang kita suka tetapi tidak disukai ibu bapa dan keluarga.Walau berkali-kali dilarang tetapi kita tetap meneruskan hubungan kerana marah dan memberontak atas sikap mereka.Memang mengikut kata hati yang menyintai tidak salah,tetapi cinta yang tidak direstui orang tua banyak yang menemui kegagalan kerana akan timbulnya masalah-masalah sepanjang hubungan yang terjalin.Tentunya ini akan memberi kesan buruk dan merencatkan perjalanan cinta anda.

Cinta Kerana Minat Dan Kekaguman Berlebihan
-Cinta boleh timbul kerana kita terlalu minat dan kagum kepada keistimewaan seseorang seperti kelebihan paras rupa,bakat,karier dan lain-lain.Cinta sebegini ada bahayanya..perlu di ingat,tiada manusia yang sempurna.Setiap orang pasti ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.Apa yang ditakuti,jika anda menyintai seseorang kerana kelebihan tertentu yang ada padanya,bila satu waktu si dia melakukan sebarang kesilapan,anda juga yang akan kecewa dan merana.Maklumlah selama ini anda menganggapnya sebagai orang yang serba sempurna.

Cinta Timbul Dari Hati Yang Baru Kecewa
-Jatuh cinta pada orang yang baru putus cinta dan kecewa tak ada salahnya.Tetapi walau macamana pun anda menyukai dan menginginkannya,eloklah ditunggu hingga luka hatinya sembuh dan dia bersedia bercinta lagi.Takut nanti kiranya si dia menyambut cinta anda hanya kerana ingin mengalih perhatian dari mengingati bekas kekasihnya.Orang yang baru putus cinta selalunya mudah terbawa-bawa dengan pengalaman pahit yang lalu.Takut pula anda yang terkena tempiasnya nanti.

Cinta Hasil Hubungan Tiga Segi
-Sukar dinafikan memang ramai yang terlibat dan jatuh cinta pada seseorang yang telah berpunya.Memang tidak salah untuk jatuh cinta,tetapi fikirkanlah...apakah hubungan cinta yang di isi dengan pembohongan,penipuan dan pengkhianatan itu akan membahagiakan anda,atau sebaliknya? Sebaik-baiknya carilah yang masih single bukan yang double atau pun triple.


Demikianlah 5 jenis cinta dan hubungan yang biasanya berisiko dan akan menemui kegagalan.Di harap sama-samalah kita jadikan sebagai renungan juga pedoman agar cinta yang ingin dibina dan di perjuangkan akan memberikan kita kebahagiaan.

Sekian.Terimakasih.

Ulasan

  1. bagus la skrg ni cerita pasal cinta di bulan puasa nie...info ini sgt berguna...

    lepas pose bley la cerita blik tentang tips2 org kawen... :P

    BalasPadam
  2. haha kamil..makasih genx.
    Sbb bln pose la aku kurangkan sikit post pasal org kawin,tp mgkn ade ler 2 3 yg ringan2..hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet