Biar Berpada-pada

Spices Of Heart/

Biar Berpada-pada|Assalamualaikum dan salam bahagia rakan-rakan blogger dan pembaca semua.

Tak lupa juga Selamat Hari Raya,maaf zahir batin kiranya dalam penulisan saya selama ini ada kata ada bahasa mahu pun tingkah yang melukakan hati mana-mana pihak.

Hari ni sebenarnya ambil kesempatan sekejap dari kesibukan kerja untuk buat entri yang sederhana ni.Entri kali ni tak ada apa-apa tips,apa-apa trik atau apa-apa panduan pun.Hanya sekadar nak hilangkan penat melayan kerenah orang ramai yang 'gila' membeli belah persiapan raya.Ops!lupa nak kasi tau..saya sebenarnya seorang jurujual pusat barangan kelengkapan rumah.Jadi masa masa macam sekarang ni memang paling sibuk sebab tempat saya bekerja ni diserbu orang ramai yang masing-masing berhabis menghias rumah mereka.

Bila melihat kegilaan orang ramai membeli belah ni,melayan setiap permintaan dan keinginan mereka,buat saya tertanya-tanya...untuk apa berhabis-habisan menghias dan menambah kelengkapan rumah sampai semua pun mau tukar baru?Darilah barangan elektrik,kerusi meja hinggakan bantal selimut mau diganti.

Memanglah Aidilfitri setahun sekali,tapi takkanlah sampai lupa dunia.Bukankah Aidilfitri ni tanda kita merayakan kemenangan mengharungi pahit getir,cubaan dan dugaan sebulan berpuasa.Sedangkan dengan berpuasa tu mengajar kita supaya bersabar dan melawan nafsu mahu pun keinginan,namun belum pun cukup puasa kebanyakan kita dah 'gila' mengikut nafsu semata-mata nak berhari raya.
Bagi yang kaya raya duit bertimbun berlambak,nak berhabis sampai pusat beli belah pun mau dibeli mungkin ok lah juga.Bagi yang hanya mengharap gaji yang tak seberapa tiap-tiap bulan,macamana?Tapi,duit walau macamana banyak pun,kalau pakai tak berhemah,lama-lama pandai habis juga kan..

Jadi,sesuai dengan kita beraya kerana nak menyambut kemenangan melengkapkan ibadah puasa,cuba-cubalah jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan keinginan.Berpada-padalah berbelanja dan buat persiapan raya.Kalau rumah dihias macam istana pun tapi kalau orang yang datang beberapa orang je,tak ada guna juga.Lebih baik kita pakat-pakat berhabis mengeratkan silaturrahim dalam kesederhanaan daripada masing-masing berlawan nak mencantikkan hiasan rumah.

Semoga bila dah lepas raya,tak ada lah pula yang sangkut dengan hutang mahu pun pinjaman sana sini.

Sama-samalah kita fikirkan apa yang baik apa yang tidak.Sekian,harap maaf andai ada yang terkasar bahasa dan kata.
Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.

Ulasan

  1. maaf lahir dan batin yh sob, jika mungkin ada ucapan saya baik dalam postingan maupun dalam berkomentar ada yang kurang berkenan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet