Lelaki Pengotor Dibenci Wanita

Spices Of Heart/

Lelaki Pengotor Dibenci Wanita|Lelaki berwajah tampan dan bertubuh kekar lagi tegap memang disukai wanita.Tetapi walau wajah setampan Brad Pitt,sekacak Tom Cruise dan tubuh ala-ala The Rock pun,tetapi kalau kebersihan dan penjagaan diri diabaikan memang tiada gunanya.Wanita memang paling benci melihat lelaki yang pengotor dan tidak tahu menjaga anggota badan sendiri.

Banyak anggota-anggota badan yang sering diabaikan dan dianggap hal kecil bagi lelaki.Tetapi bagi wanita ianya menjadi perhatian utama bagi mereka menilai samada seseorang lelaki itu lelaki pengotor atau tidak.

Antara anggota-anggota badan lelaki yang sering diperhatikan wanita tetapi sering diabaikan lelaki adalah seperti berikut..

Rambut
-Tak kiralah apa pun gaya rambut yang anda suka,tetapi pastikanlah ianya dijaga rapi.Rajin-rajinlah mencuci rambut anda agar tidak diserang kelemumur.Jika berambut panjang,pastikan ia disikat,ditata mahu pun di ikat dengan kemas.

Kuku
-Wanita paling mudah melihat lelaki samada pengotor atau tidak melalui kuku.Kuku yang panjang apalagi jika hitam dengan tanda kotoran akan membuat wanita mudah merasa jijik.

Kulit
-Pada umumnya wanita suka bila disentuh lelaki yang berkulit halus dan lembut.Tidak salah jika anda rajin menggunakan losyen atau pelembab untuk menjaga kadar kelembapan dan kesegaran kulit.

Kaki
-Pastikan kaki sentiasa bersih,memotong dan membersihkan kuku kaki yang panjang agar tidak dijangkiti penyakit kaki berbau atau pun kudis-kudis.Sekali sekala merendam kaki menggunakan air hangat juga baik untuk menjaga kesihatan dan kesegaran kaki.

Ketiak
-Kulit dicelah ketiak yang kehitaman dengan bulu yang panjang memang nampak kotor dan menjijikkan selain mudah mengeluarkan bau yang tidak enak.Pastikan bulu ketiak dijaga rapi agar tidak terlalu panjang dan gunakanlah deodorant selalu.Kalau mengikut petua orang-orang tua,anda juga boleh menggunakan tawas sebagai pengganti deodorant.Ianya amat baik untuk mengelakkan ketiak berbau hamis malah turut akan memutihkan kulit bawah ketiak yang kehitaman.

Hidung
-Kebersihan hidung juga amat penting.Pastikan bulu hidung selalu dipotong dan tidak dibiarkan panjang.

Gigi Dan Mulut
-Amalkan menggosok gigi atau berkumur setiap kali selepas makan.Sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi jika tidak dibersihkan akan menyebabkan mulut berbau.Bau mulut boleh membuatkan wanita jijik,loya dan mahu muntah.Jika anda seorang perokok,sebaiknya selepas setiapkali merokok,amalkan mengunyah chewing gum yang boleh menghilangkan bau rokok agar nafas anda berbau nyaman dan segar.Amalkan menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan berjumpa pakar perubatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.


Pastinya dengan sentiasa menjaga dan menitikberatkan kebersihan anggota-anggota badan yang sering diabaikan ini akan menambah poin tambahan kepada dayatarik lelaki.Selain itu anggota-anggota peribadi seperti alat kelamin juga perlu dijaga kebersihan dan kesihatannya.

Semoga kita semua mampu menjadi lelaki yang terbaik buat wanita.
Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet