Malu Katakan Cinta? Ini Triknya!

Spices Of Heart

Malu Katakan Cinta? Ini Triknya!-Ketika cinta mula mekar dihati,jiwa gelisah tiap ketika.Siang ingatkan dia,malam mimpikan dia.Ternyata dialah pujaan hati dambaan jiwa.Namun entah mengapa mulut bagaikan terkunci.Ingin katakan cinta padanya tapi malu dan segan menjengah diri.Takut juga jika cinta ditolak,bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak ada bunyinya.

Tapi sampai bila cinta yang ada mesti dipendam sendirian.Lama-lama menanti mana tau sendiri yang kecewa.Merana pula dibuatnya..

Tentunya ramai yang mengalami situasi sebegini.Jatuh cinta pada seseorang,namun malu untuk meluahkan.Bagi lelaki mungkin agak tak menjadi masalah,tapi bagi wanita takut juga jika dikata perigi yang mencari timba.

Jika jatuh cinta pada si dia yang dipuja,tidak salah untuk mengatakannya.Malu dan segan?Nah! Ikut saja trik-trik ini..

Pamerkan Kemesraan
-Beri signal padanya melalui kemesraan anda.Senyumlah setiapkali dia memandang anda.Apabila berbicara,beri perhatian tentang apa yang dikatakannya.Dengarlah dengan tekun.Menjadi pendengar yang baik pada setiap ceritanya tentu akan membuat dia amat menyenangi dan menyukai sikap anda.

Kurangkan Perhatian Pada Yang Lain
-Bila dah jatuh cinta padanya,tak ada alasan lagi anda perlu menarik perhatian dan menggoda yang lain.Jika dikalangan kawan-kawan,tunjukkan perhatian anda padanya.Sentiasa berada berdekatan dengan dia dan sekali-sekala cubalah menggoda dan memancing perasaannya.

Guna Media Dan Teknologi
-Biar dia tahu perasaan anda padanya dengan menggunakan media dan kemudahan teknologi yang ada.Misalnya anda boleh dedikasikan lagu-lagu cinta kegemarannya melalui radio.Guna telefon anda untuk sms yang menunjukkan perhatian anda padanya seperti bertanya khabar,mengingatkan tentang makan dan lain-lain.Beri perhatian pada perkara-perkara kecil yang berguna misalnya,mengklik butang like atau menuliskan komen setiapkali dia mengupdate status Facebooknya.Tentunya si dia akan terkesan dengan apa yang anda lakukan.

Ingat Dan Hargai Hari Penting
-Ambil tahu,ingat dan menghargai hari-hari penting dalam hidup si dia.Jadilah orang pertama yang mengucapkan tahniah pada hari lahir dan pada tiap kejayaan yang dicapainya.Ikhlaskan hati memberi dia hadiah walaupun sekadar sekeping kad ucapan.


Kadang-kadang,perasaan cinta memang tak perlu diungkapkan.Dengan memberi signal seperti trik-trik di atas juga boleh menjadi luahan cinta kepada si dia.

Samada lambat atau cepat,dengan tiap perhatian,kemesraan,sikap mengambil berat dan perhargaan anda pasti akan membuatkan si dia faham dan menyedari perasaan cinta anda padanya.

Ulasan

  1. Hmmm... itulah salah satu kehebatan wanita. Saya dah follow sejak dulu, tapi pengikut scr pribadi.

    BalasPadam
  2. jangankan buat katakan cinta, sama cewek saja saya takut, nggak tau kenapa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki