4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih

4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih

4 Sebab Wanita Sukar Lupakan Bekas Kekasih-Kebanyakan wanita pasti akan menafikan,tetapi ternyata kaum wanita lebih sukar melupakan bekas kekasih berbanding dengan lelaki.Walau telah berpisah lama,namun bayangan bekas kekasih sentiasa mengiringi fikiran wanita.Keadaan ini berpunca bukan hanya kerana mungkin masih ada rasa cinta,tetapi ianya berdasarkan dari beberapa sebab yang lain.Dan antara sebab-sebab tersebut,ada 4 sebab utama iaitu..

1)Masih Mahu Penjelasan
-Kadangkala wanita rasa tidak puas hati atas perpisahan yang terjadi.Walau telah diberi penjelasan namun wanita masih merasa tidak cukup dan perlukan lebih sebab kenapa dan mengapa ianya berlaku.Sering memikirkan dan mencari jawapan dimana salah dan silap menyebabkan fikiran dan perasaan tak tenteram lalu ingatan tentang bekas kekasih,saat-saat bersamanya serta kekecewaan yang dialami membuatkan wanita sukar melupakan hubungan yang telah berakhir.

2)Memendam Perasaan Marah
-Rasa marah atas keputusan yang dibuat atau sikap bekas kekasih membuatkan wanita merasakan apa yang terjadi semuanya berpunca dari si dia.Perasaan marah dan dendam sebenarnya bukan membantu tetapi makin membuatkan fikiran sentiasa mengingati apa yang telah terjadi.Wanita sering merasakan bahawa dirinya saja yang kecewa atas apa yang terjadi dan menganggap ianya kesalahan bekas kekasih.Apa yang sebaiknya,belajarlah untuk tidak menyalahkan dan bersikaplah agar dapat memaafkan dan melupakan serta terimalah apa yang terjadi sebagai ketentuan.

3)Ego Terasa Tercabar
-Ketika mendengar keputusan kekasih untuk berpisah,mungkin keegoan wanita terasa tercabar membuatkan wanita merasa tindakan kekasihnya itu tidak patut dan tidak adil buatnya.Merasakan bahawa hanya dirinya yang terbaik menyayangi,menyintai dan menjaga hubungan yang terjalin selama ini menyebabkan wanita memikirkan yang perpisahan itu tak harus berlaku lalu sukar menerima tindakan bekas kekasih.

4)Tak Mahu Menerima
-Bertitik tolak dari sikap yang menganggap apa yang di ingini mesti didapatkan dan mementingkan diri sendiri membuatkan wanita sukar menerima tindakan yang dilakukan bekas kekasih.Merasakan apa yang dilakukan mesti mendapat persetujuan darinya dulu,lalu wanita seringkali meletakkan keegoan dan kepentingan diri sendiri mendahului kenyataan yang telah berlaku.Seharusnya belajarlah untuk menerima apa saja yang terjadi tanpa menyalahkan orang lain dan menganggap ianya sekadar salah satu ujian dalam kehidupan.

Keempat-empat sebab yang dinyatakan ini walau bagaimana pun hanyalah hasil kesimpulan dari pemerhatian ke atas sikap dan perlakuan beberapa wanita .Setiap wanita pastinya punya fikiran,perasaan dan naluri yang berbeza.Terpulanglah pada pandangan dan pendirian seseorang wanita tersebut.

Sekian.Di harap tulisan sederhana ini dapat sekurang-kurangnya dijadikan sedikit renungan buat memperbaiki kekurangan dan kesilapan diri.
Terimakasih.

Ulasan

  1. nasib baik aku xde awek ag..hehe

    BalasPadam
  2. Hahaha..ada2 saje ko ni bro..hahaha..

    BalasPadam
  3. kita lelaki gag akan pernah bisa memahami wanita.. taelaaaaaaaaaahhh :( :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet