6 Tanda Si Dia Serius Sukakan Anda

Spices Of Heart/

6 Tanda Si Dia Serius Sukakan Anda|Bila ada seseorang yang rapat dan akrab dengan anda,pastinya anda akan tertanya-tanya,apakah si dia benar-benar menyukai anda?Maklumlah..takut juga kan kalau hanya diri yang beria-ia,bertepuk sebelah tangan.Jika sudah terlanjur menganggap si dia serius sedangkan kenyataan sebaliknya,nanti diri sendiri juga yang kecewa.

Lalu bagaimana agaknya cara mengetahui apakah si dia itu memang serius?
Apakata anda cuba teliti 6 tanda yang boleh membuktikan bahawa besar kemungkinan si dia benar-benar sukakan anda seperti yang dipaparkan dibawah ini.


1)Tak Lupa Menelefon Tiapkali Ada Kesempatan
-Asal saja ada kesempatan,si dia pasti akan menelefon anda bertanya khabar dan lain-lain.Kerana menyukai anda,si dia tidak pernah bosan menghubungi untuk berbicara dan mendengar suara anda sekerap mungkin.

2)Ingat Apa Yang Anda Katakan
-Si dia selalunya mudah mengingati apa saja yang pernah anda katakan,walaupun ia sekadar hal yang kecil.Malah dia tahu dan ingat apa yang menjadi kegemaran atau pun kebencian anda.Misalnya buku kegemaran anda,lagu favorite,makanan kesukaan dan lain-lain.Inilah tandanya si dia memang mahu memberikan perhatian lebih disebabkan perasaan suka dan sayang yang ada dalam dirinya.

3)Sentiasa Ada Alasan Untuk Bersentuhan
-Orang yang menyukai seseorang pasti akan sentiasa berusaha untuk seakrab mungkin dan sering bersentuhan dengan orang yang disukai demi untuk membina ikatan secara emosional sebelum meluahkan cinta.Jika si dia tak lupa meraih tangan anda tiapkali melintas jalan,memimpin anda tiapkali menaiki tangga atau pun sentiasa ingin duduk berdekatan,memang jelas si dia sedang berusaha untuk lebih rapat dengan anda.

4)Sering Ingin Menatap Wajah Anda
-Si dia pasti tidak terlepas dari memandang dan menatap wajah anda samada saat berdekatan atau tidak.Bila bersama,si dia sering ingin duduk berhadapan agar dapat sepuas mungkin menatap wajah orang yang disukainya.

5)Memberikan Perhatian Pada Akaun Social Media Anda
-Jika anda telah terhubung dengan si dia di akaun Facebook,Twitterdan lain-lain,pastinya anda dapat mengetahui perasaannya pada anda.Sekiranya si dia tak lupa memberikan komen,menekan butang like tiapkali anda update status,itu bermakna si dia memberikan perhatian lebih dan seboleh mungkin mahu berkomunikasi dan berhubung dengan anda sekerap yang dapat.

6)Tidak Malu Mengenalkan Anda Pada Kawan-Kawan Dan Keluarga
-Si dia tidak pernah malu dan sering mengajak anda bersama bila keluar bertemu kawan-kawannya.Dia juga sudi mengenalkan anda pada ahli keluarga mahupun saudara-maranya.Itu tanda si dia merasakan anda telah menjadi sebahagian dari diri dan hidupnya.Oleh itu dia tidak malu berkongsi apa saja yang baik dan membahagiakan dengan anda.


Andainya si dia memiliki 6 tanda-tanda diatas,pastinya anda tak perlu penasaran dan tertanya-tanya sendiri lagi.Jika anda pun memang menyukainya,tidak salah kiranya anda mula membangunkan ikatan dan membina cinta bersamanya.

Semoga cinta yang dibina akan memberikan anda kegembiraan dan kebahagiaan.
Sekian.Terimakasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

Pakistan Jual Karpet