Rabu, 3 Ogos 2011

Wanita Seksi Dimata Lelaki? Ini Triknya!

Spices Of Heart

Wanita Seksi Dimata Lelaki? Ini Triknya!-Setiap wanita tentunya ingin sentiasa dipandang menarik apatah lagi seksi dimata lelaki.Keseksian tubuh badan ternyata menjadi aset bernilai bagi seseorang wanita.Kerana itu,kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang demi untuk mendapatkan tubuh yang menarik,solid dan menggiurkan mata yang memandang.

Namun,itu pada pandangan wanita sendiri.Sebenarnya bagi kaum lelaki,keseksian wanita itu tidak hanya terletak pada tubuh badan semata-mata.Banyak unsur-unsur lain yang menjadikan seseorang wanita itu seksi dimata lelaki.

Anda ingin dipandang seksi dan menggoda bagi lelaki?Teliti perkara-perkara berikut..


Berpenampilan Tersendiri
-Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang berpenampilan menarik dan tahu merawat serta menjaga kecantikan diri.Tetapi tidak pula keterlaluan dengan bermekap tebal seperti pelakon opera cina atau berpakaian terlalu menjolok mata.Dia seorang wanita yang tahu mengenakan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuhnya dan suasana sesuatu tempat atau keadaan tanpa meniru dan mengikut orang lain.Rata-rata lelaki menganggap wanita yang bersederhana tetapi tetap terlihat menarik memiliki nilai keseksian yang tersendiri.

Periang Dan Ada Sikap Humor
-Wanita yang bersikap periang,tidak terlalu serius dan sesekali terselit humor dalam perwatakannya dianggap seorang wanita yang tahu bersenang-senang dan menikmati hidup.Malah sikap yang sukar kalah dengan masalah dan hal-hal yang tidak menyenangkan memberi kredit tambahan kepada daya tarik dan pesona seksi di mata lelaki.

Ada Unsur Nakal Dan Liar
-Wanita yang hidup secara aman dan terlalu lurus mengikut aturan dianggap wanita yang takut menghadapi gelora hidup.Jika sesekali keluar dari kelaziman,melakukan sesuatu atau bersikap menentang kebiasaan memberikan signal kepada lelaki bahawa seseorang wanita itu 'bitch' yang mampu menerima dan menempuh semua elemen yang ada dalam hidup samada kebaikan mahu pun kejahatan.Apalagi jika wanita itu mampu mencabar 'kejahatan' yang ada dalam diri seseorang lelaki,dia dikagumi sebagai saingan yang mengujakan.

Bijak Dan Berani Mengatasi Kekurangan
-Wanita yang tidak bergantung sepenuhnya atau pun mengharapkan lelaki.Dia tahu berdikari walau dalam keadaan apa sekali pun.Setiap kekurangan dan kelemahannya dalam setiap hal ditempuh dengan tabah dan dia tidak takut berusaha mencari jalan mengatasinya.Wanita seperti ini dianggap 'superwoman' yang memukau.


Nah!Demikian ciri-ciri sebenar seorang wanita yang lebih dipandang seksi di mata lelaki.Ternyata bentuk tubuh bukanlah sesuatu yang amat penting tetapi ianya hanya menjadi bonus tambah kepada nilai dan daya keseksian seseorang wanita itu.

Sekian.Semoga bermanfaat.


5 ulasan:

  1. saya lebih suka wanita sederhana, ke ibuan, Bijak Dan Berani Mengatasi Kekurangan, itu wanita yang sexy dimata saya, maaf baru bisa singgah kat sini, selamat menjalaka ibadah puasa

    BalasPadam
  2. masu mau tukeran link gk?
    kalo mau visitback+komen yah

    BalasPadam
  3. ok mas, link jg uda terpasang, nice atas kerja samany :D

    BalasPadam
  4. Jadi sy rs xperlu lah wanita2 srkarang berpakaian seperti berbogel lg...kerana anda telah menunjukan bhwa anda spt mnusia yg tiada harga diri...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi membaca tulisan ini.Rasanya lebih lengkap jika anda sudi memberikan pendapat anda walaupun sedikit.Saya bersedia menerima apa jua pandangan,cadangan mahupun kritikan demi memperbaiki lagi penulisan saya.

Kiranya anda berminat membaca tulisan-tulisan saya seterusnya,anda dijemput untuk follow blog ini agar tidak ketinggalan mengikuti tulisan-tulisan yang terbaru.
Anda juga boleh berkongsi tulisan yang dirasakan bermanfaat dengan rakan-rakan melalui butang share yang disediakan.

Setiap tulisan saya adalah untuk perkongsian maka anda di izinkan untuk copy paste tulisan yang anda rasakan berguna dengan syarat anda meletakkan link balik ke blog ini.

Terimakasih banyak-banyak kerana sudi membaca.Segala kesilapan dan kesalahan amat dikesali dan saya memohon maaf terlebih dulu jika ada melakukannya.
Ikhlas dari-cleverspider55 a.k.a alam1cinta

Profil Penulis

Foto Saya
Blogger pemula yang cuba menyisipkan diri dicelah-celah laungan guru-guru,master-master,sifu-sifu,otai-otai blogger yang punya blog hebat,famous,canggih,keren,popular dan terkenal, dengan harapan ada tempat untukku walaupun sekadar di pinggiran...Moga moto motivasi yang ku percaya; "Keinginan Diri Sendiri Adalah Kuasa Yang Paling Hebat,Adalah Penawar Yang Paling Mujarab" akan setia menemaniku.
Designed By Seo Blogger Templates