Kalau Memilih Isteri

Kalau Memilih Isteri|
Jadi lelaki bujangan
hidup sepi tak ketentuan
cari-carilah pasangan
buat penunjuk jalan
menempuh liku kehidupan.

Buat kawan rakan taulan
renung-renungkan secebis pedoman
buat panduan buat aturan
memilih isteri menjadi peneman
moga kekal seiring sejalan.



Spices Of Heart


Kalau Memilih Isteri

kalau memilih isteri
pilihlah wanita beragama
jadi pengingat lalai dan alpa
juga aman akhirat dunia

kalau memilih isteri
pilihlah wanita beradab sopan
restu keluarga didapatkan
baru tenang meniti kehidupan

kalau memilih isteri
pilihlah wanita rupawan
makin dilihat makin tertawan
tiap hari bertambah sayang

kalau memilih isteri
pilihlah wanita budiman
hidup bersama kekal aman
dihormati saudara dan rakan

kalau memilih isteri
pilihlah wanita pengasih
melayan suami tak pandai letih
memupuk cinta memupuk kasih

kalau memilih isteri
pilihlah wanita penyayang
bertambah erat malam siang
dari dapur hingga ke ranjang

kalau memilih isteri
pilihlah wanita penyinta
ceria mesra tiap ketika
hidup berdua bagai di syurga

kalau memilih isteri
pilihlah wanita memahami
hati senang menjadi suami
jiwa ceria tak terperi

kalau memilih isteri
pilihlah wanita berharta
ringan juga sara rumahtangga
banyak masa untuk keluarga

kalau memilih isteri
pilihlah wanita setia
tiada curiga cemburu buta
hidup bahagia kekal sejahtera.

Ulasan

  1. best! Salam kunjungan di hari raya..

    Selamat hari raya aidilfitri..

    BalasPadam
  2. @missct
    @queen teratai
    terimaksh sudi hadir.
    Selamat hr raya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Tiada Toleransi Buat Spammer.
Komen Berisi Link Akan Dihapus.

Catatan popular daripada blog ini

Cerita Main Dengan Makcik Hajjah

8 Teknik Onani Bagi Lelaki

5 Tuntutan Wanita Dari Lelaki